Umur 10 Tahun, Mak Buat Aku Macam MAID Kat Rumah. Selepas 15 Tahun Baru Tau Puncanya..
Sekadar Gambar Hiasan : Sumber Google Images.
Khalifah Mail Online – Siapa tak kenal insan yang bernama emak kan? Insan yang seperti “panglima tentera” dalam mana-mana keluarga. Dapat emak baik, alhamdulillah, dapat yang serba kekurangan pun alhamdulillah juga. Ada seorang wanita ini telah menceritakan tentang kehidupan waktu kecilnya seawal umur 10 tahun yang sering dianggap sebagai “maid” atau “orang gaji” di rumah. Sangat stress. Tetapi pada akhirnya barulah dia faham punca segalanya. Mak tetap mak. Memang tak sangka. Boleh baca perkongsian di bawah ini.
Nama saya Rheesa. Kat sini saya nak cerita tentang mama saya. Tergerak nak tulis confession ni sebab baru lepas tengok rancangan Korea “Hello Counselor”. Spesifiknye episod yang ke-293 berkenaan seorang budak perempuan yang terpaksa jadi ‘parents’ untuk adik kembar dia. Truth is, my life no different from hers. Ade jugak terbaca tentang keluhan macam ni dalam IIUMC sebelum ni. For those yang melaluinya, it is not a joke matter. Really, it will affect your whole life walaupon dah dewasa. Aku bagitau yang confession aku ni agak panjang, so terpulang la nak teruskan ke x.Aku anak kedua dari 5 orang adik beradik dan aku anak perempuan tunggal. Both parents kerja dan kami sekeluarga hidup senang; nak kata kaya sangat pun tidak, susah pun tidak. Jarak aku dengan abang & adik bawah tak jauh; dalam beza setahun dua je. Cuma adik yang ke-4 & 5 jarak dalam 7-10 tahun. Seingat aku, lepas adik no.4 lahir, mama jadi sangat garang dan mendesak. Aku start baby sit adik aku masa cuti sekolah darjah 3. Mula-mula mama hantar dekat jiran sebelah rumah tapi mama selalu balik lambat dan jiran terpaksa serah kat aku sebab kadang-kadang dia ade hal terpaksa keluar. Maka bermulalah episod aku terus jaga adik aku sepenuhnya setiap kali cuti sekolah. Aku x ingat reason apa mama bagi masa mintak jaga adik aku tu tapi lebih kepada arahan dari minta tolong. Pagi sebelum pegi keje, mama akan kejut aku pesan buat breakfast, masak nasi untuk lunch, basuh, sidai, lipat baju, sapu rumah dan kadang-kadang beli barang dapur.
FYI masa tu aku baru darjah 4 @ 10 tahun. Masa tu aku buat je sebab as 10 Y.O, kau macam dengar je cakap mama sebab nak jadi anak yang baik dan taat. Mesti korang tertanya kenapa parents aku x amik maid kan??? Bukan dieorg x penah amik tapi asik lari dan ade masalah yang pelik2. So serik la agaknya tapi aku lah ‘unpaid maid’ yang jadi mangsa situasi. Why unpaid??? X penah lansung parents aku reward, acknowledge ape tah lagi cakap terima kasih sebab jaga adik2 aku. Just live our lives tanpa sedar yang aku ni adalah sebenarnya anak dieorg. Aku jarang atau x penah enjoy cuti sekolah. Penah sekali aku nanges seharian sampai bengkak mata tapi bila mama balik keje “Hah, dah kenapa nanges ni? Jangan nak sensitif manjang. Mama x suke orang suke nanges” sambil ambil & kelek adik dari tangan aku. X macam orang gaji ke aku ni???
Abang dan adik aku x penah lansung dikerah buat keje macam2. Diaorg just baca komik, main, makan & tido. X rasa ke macam aku kene jaga 4 bayi sekali gus??? ade sekali aku cuma prepare lunch utk aku dan adik-adik yang kecik je sebab aku penat balik ko-ko terus kene masak & bagi makan yang 2 orang adik kecik. Abang aku x cakap ape pon. Just angkat tudung saji; tengok xde pape pastu sambung main game. Bila lunch, mama singgah untuk check up anak-anak dan tanya if abang aku dah makan.
Abang aku cakap yang aku x prepare apa2 untuk dia, so mcm mana nak makan. Mama terus serang aku cakap yang aku pemalas dan berkira & bukan pon susah nak prepare makanan tu. Masa tu aku memang hangin dituduh bukan2 dan aku cuba terangkan apa yang berlaku. End up mama bagi satu das kat pipi dan cakap aku anak derhaka dan kuat melawan. Aku bole nampak kat hujung tu, abang aku tekun dengan game dia je. Buat x tahu dan x reti. Sejak tu aku jadi pasif dan menurut. Aku bottle-up & telan je ape yang jadi. Kadang-kadang adik-adik aku saja nak tido dengan aku sebab dah biasa & manja ngan aku. Biasala bila tido sesama, ade je gurau senda pastu sampai bole bawak gaduh mulut dan tumbuk-tumbuk. Tapi tak la serius. Satu malam, yang kecik 2 orang ni borak ape ntah sampai yang kecik tu melalak. Aku dah almost nak tetido. Entah angin ape yang datang, mama datang terus pukul aku. Aku terpinga sambil menangis dan tanya ape aku dah buat.
Aku kene lagi dengan mama sebab mama kata aku menjawap. Trouble maker kecik 2 org tu x kene pape & disebabkan takut tengok aku kene pukul, terus dieorg tdo. Malam tu aku nanges tekup mulut (takut kene pukul lagi) sambil pikir ape salah aku. Aku dibiarkan tanpa diberi alasan kenapa aku dipukul. Situasi pukul tanpa sebab ni berlarutan sampai aku 12 tahun. Setakat rotan tu aku bole tahan. Tapi kalau kene batang mop, rail langsir, tongkat atau ape je yang dapat dicapai mama at the moment and normally aku x dapat lari sebab selalu kene pukul tanpa sebab yang munasabah. Mcm mana kau nak prepare untuk lari kalau bukan salah kau???
Sebabkan isu kat rumah, aku tekad nak score UPSR & duduk asrama. Alhamdulillah aku cemerlang dan di-offer masuk sekolah asrama. Gembira bukan kepalang. Dalam hati ni duk kata, this is my end as ‘human-punch-bag’ untuk adik-beradik aku and away from mama. Tapi episod sedih aku x berakhir disitu. Kadang2 bila dimasrama, aku rindu gak dengan family, so once in a while aku sanggup beratur kat public phone sampai sejam (x sure budak hostel skang mcm mana. Aku dulu mcm ni).
Bila sampai turn aku, x smpi seminit aku letak. Sometime, aku hempuk2 gagang tepon tu mcm kene rasuk. Tahu kenapa??? Aku call rumah; mama angkat “Hah, kenapa call ni? Duit dah abes? dah2 la mintak duit. Ingat mama ni cop duit ke?” Speechless & rage meluap2. Aku cuma call nk tanya kabar adik2 dan family. Mama lansung x tanya aku sehat ke x, cukup tdo ke x, makan ok ke x. TAK ADA LANSUNG. Banyak kali gak aku diperlakukan mcm ni. Aku try la husnuzon kan tapi kalau setiap kali kene mcm ni, ko nak sangka baik mcm mana lagi kan??? Penah sekali aku demam panas kat hostel. Muntah2, x bole jalan. Aku memang x nak call rumah sebab aku dah tahu mama akan jawab ape. Tapi aku kesian dengan kawan-kawan aku. Terpaksa jaga aku, bagi makan, lapkan badan aku. Aku x nak susahkan dieorg sbb dieorg pon student macam aku; kene belajar / prep.
Aku pon gagahkan diri, bangun ketaq2 jalan pi buat call ke family aku untuk bawak aku balik. Mama cakap “Xde sape ke kawan-kawan yang bole hantar???”. Aku kelu, menangis tekup mulut bila dengar. Aku mintak cakap dengan papa. Papa setuju nak amik tapi esok lepas office hour. Malam tu aku nanges x benti. Aku pikir “Aku ni anak angkat ke??? Anak pungut ke??? Tapi aku pasti nenek aku cerita yang aku memang anak kandung. Aku sedih sangat sampai sakit dada & temp. aku naik dekat 40d celcius malam tu. Esok pagi, aku gagahkan diri berdiri bawah shower (kasi hilang panas) dan makan je panadol dengan harapan aku x payah balik rumah hari tu. Tapi warden nasihatkan supaya aku pegi cek doktor sebab aku demam teruk. Aku pun balik dengan papa petang tu tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut aku. Syukur; aku dah grad uni, dah kerja elok & yang penting aku masih waras sehingga sekarang.
Tahun berganti tahun. Sikap mama yang x endah tu masih ade cuma x seteruk dulu. Tapi I was hurt badly and damaged has been done. Aku x benci mama cuma aku x dapat nak maafkan dia. Adik-adik aku selalu mintak pendapat dan nasihat dari aku sebab practically I was raising them. Duit x cukup, awek curang, stress assignment; sume aku amik tahu. Aku x nak adik2 aku lalui ape yang aku hadap. Sedih, pedih, unwanted…u name it. sume aku rasa. TAPI…….as i grew older, selepas 15 tahun, sedikit demi sedikit aku dapat tahu kenapa mama macam tu. One of the main and crucial reason is papa. Papa selalu ada tapi x selalu hadir. Korang paham x??? macam aku mentioned, confession aku ni diilhamkan oleh program Korea “Hello Counselor”.
Dalam episod tu, ayah dia memang selalu ada kat rumah tapi lansung x hadir dalam hidup isteri dan anak-anak. Kalau rajin tengokla episod 293. Tapi papa aku x la seteruk ayah dalam cerita tu. Tapi korang dapat lihat x yang kadang-kadang mak-mak ni xde pilihan lain selain mintak orang lain yang boleh diharapkan dalam family untuk bantu kerja seharian bilamana ketua keluarga bersikap selfish dan unattended??? Aku faham yang some of mama’s doing can’t be justified by the reason alone since i am her own & only daughter.
But now, aku rasa aku x bole judge situasi mama back then dan sekarang aku dan mama dah macam best friend. Since she was diagnosed with cancer recently, aku makin rapat dengan mama. Tak bole bayangkan kalau mama xde sebab aku memang sayang mama. Aku rasa aku ade kelebihan dalam memujuk hati sendiri. Aku x berniat nak burukkan mama tapi sebagai teladan untuk semua. Mama x penah cerita perkara sebenar tapi dari pemerhatian aku, sekarang dia sedar atas sume perlakuan dia sebelum ni. These few years mama berusaha berbaik-baik dengan aku dan aku ambil peluang ni sebab dia mama aku satu-satunya. Takde yang lain.
Kepada bapa/papa/ayah/babah; sila lah “hadir” dalam hidup isteri dan anak-anak. Isteri perlu bantuan lebih-lebih lagi yang punya anak-anak ramai. Jangan jadikan anak sebagai mangsa atas sikap anda. Kepada ibu/mama/emak/bonda; anak2 adalah amanah Allah. Sebolehnya sayangi mereka dan didiklah sebaiknya. MAMA I LOVE YOU…
Sumber: Rheesa via IIUM
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2umQ1f6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment