Durian mahal, biji jangan buang. Pun boleh makan ok!
Musim durian tiba lagi tapi khabarnya ramai juga yang kurang gembira kerana harga raja buah yang semakin mahal.
Disebabkan harganya yang meningkat, apa kata jika anda tidak hanya menikmati isi durian dan mencampakkan bijinya ke dalam tong sampah, sebaliknya memaksimumkan penggunaannya bukan sahaja pada isi, malahan juga bijinya.
Begitulah yang dilakukan seorang pengguna Facebook, Zakiah Abdullah, 46, yang telah berkongsi resipi dan cara-cara untuk membuat kerepek biji durian yang direkanya.
Resipinya itu telah tular di media sosial tahun lepas dan tahun ini, apabila musim durian tiba ia kembali menjadi bualan serta mula dikongsi semula.
Zakiah yang kini menetap di Sungai Petani, Kedah bagaimanapun berkata, resipi kerepek biji durian ini telah lama dicipta tetapi hanya popular sejak setahun kebelakangan ini.
“Rasanya sedap jugalah macam kerepek ubi, cuma kerepek biji durian ni berlemak dan kita dapat rasa sedikit berlendir.
“Kerangupannya sama macam kerepek lain, sesuai sangat makan petang-petang atau masa tengok TV,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Zakiah, dia mencipta resipi ini sebelum mendirikan rumahtangga sekitar, 20 tahun lalu.
Suri rumah sepenuh masa ini berkata, ketika itu dia bekerja sebagai operator pengeluaran dan suka mencuba resipi baharu.
“Idea ni saya dapat dulu masa harga durian tengah murah, sekarang durian mahal lagilah sesuai nak manfaatkan bijinya,” katanya.
Zakiah berkata apabila berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, dia mula membuat kerepek biji durian setiap kali suaminya membeli buah itu dalam jumlah yang banyak.
“Tapi ada juga masanya belum sempat nak buat anak-anak dah buang biji dalam tong sampah,” jelasnya.
Menurut Zakiah membuat kerepek ini juga mudah, ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan.
“Mudah saja nak membuatnya, cuma leceh sikit masa nak menyagatnya nipis-nipis sebab biji durian licin dan berlendir.
“Sebab itulah selepas mengupas kulit biji durian, saya akan keringkannya betul-betul supaya ia mudah dipegang ketika proses menyagat,” katanya.
Ibu kepada tiga anak ini berkata, setakat ini dia hanya menghasilkan kerepek biji durian biasa yang digaul dengan sedikit garam.
Dia mencadangkan kepada mereka yang ingin membuatnya supaya mengolah resipi tersebut dengan menambah serbuk cili atau cili kering untuk mencipta kelainan.
Katanya, jika tiada masa, biji durian boleh disimpan selama dua hingga tiga hari sebelum dijadikan kerepek.
Berikut adalah resipi penuh dan cara membuat kerepek isi durian yang dikongsi Zakiah:
– Rendam biji durian, seelok-eloknya semalaman untuk memudahkan proses mengupas kulit.
– Selepas kulit dikupas, keringkan biji durian dengan cara menjemur atau lap dengan tisu atau kain kering yang bersih. Penting untuk pastikan biji durian tidak basah supaya ia mudah dipegang ketika menyagatnya.
– Boleh mula menyagat untuk mendapatkan kepingan nipis. Boleh juga gunakan pengupas kulit buah.
– Goreng kepingan tersebut dalam minyak panas sehingga warna kekuningan. Angkat dan tos.
– Tabur sedikit garam dan gaul. Boleh juga gaul dengan sambal atau serbuk kari.
– Kerepek biji durian sedia untuk dimakan!
Sumber: Mstar
Sumber Durian mahal, biji jangan buang. Pun boleh makan ok!
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woxd03
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment