Hanyut 'Dimamah' Jambatan
Sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka terbunuh apabila jambatan yang dilintasi untuk ke kampung seberang runtuh. Tiga beranak itu dirakam berpegangan tangan ketika cuba menyeberangi jambatan itu sambil membawa barangan keperluan.
Hanya beberapa saat sebelum kejadian, keluarga lain sempat menyeberang dengan selamat ketika pemindahan dijalankan dalam kejadian di Bihar, utara India, yang bersempadan Nepal.
Namun nasib tidak menyebelahi keluarga malang itu apabila jambatan berkenaan runtuh ketika mereka hanya beberapa meter dari kawasan selamat menyebabkan ketiga-tiganya terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras.
Kejadian itu dirakam penduduk kampung dan tersebar di media sosial. Saksi berkata: “Orang ramai terpaksa melarikan diri apabila rumah mereka semakin dinaiki air dan jambatan itu satu-satunya laluan yang menghubungkan dua kampung kami.
“Beberapa orang sempat melintasi sebelum itu, malangnya jambatan berkenaan tidak dapat bertahan ketika keluarga terbabit menyeberanginya. Kami semua hanya mampu memandang apabila mereka bertiga dihanyutkan arus.”
Menurut Times of India, sekurang-kurangnya 119 orang terbunuh akibat banjir dalam tempoh lima hari. Banjir di Bihar menjejaskan 9.3 juta orang, walaupun negeri lain di India berdepan kemarau teruk kerana kekurangan hujan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vM34XA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment