Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kena Dakwa Buat Komen Jelik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kena Dakwa Buat Komen Jelik



Seramai tiga individu termasuk seorang penebar roti canai dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di laman sosial Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Bagaimanapun, kese­mua tertuduh, Nor Sabariah Abdul Kadir, 29; Ng Thai Quen, 19; dan Mazlan Yusoff, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Berdasarkan pertuduhan, Nor Sabariah yang merupakan pegawai pengambilan pekerja dan Thai Quen, seorang penjaga stor didakwa menggunakan nama profil masing-masing di laman Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Komen Nor Sabariah dibaca pada pukul 9 pagi, 2 Februari lalu manakala Thai Quen pula pukul 3 petang, 16 Disember tahun lalu. Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini antara 15 Disember 2016 dan 1 Februari lalu.

Sementara itu, Mazlan yang bekerja sebagai pe­nebar roti canai pula didakwa menggunakan nama ‘Zain Al Aznam’ di laman Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 2, Jalan Bandar 13, Taman Melawati dan dibaca pukul 8.06 pagi, 14 November 2016 serta pukul 2.53 pagi, 11 November tahun yang sama.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vRn8q3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.