Kepala Samseng Geng 36 Tersungkur. Mati Ditembak Polis..
KETUA kongsi gelap Geng 36 mati selepas dalam satu serbuan di Lagenda Height, Sungai Petani, hari ini.
Penjenayah itu ditembak dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Task Force Jabatan siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, pada kira-kira 7 pagi.
Polis bertindak menyerbu rumah didiami ketua samseng itu sebelum suspek menembak anggota polis yang cuba memasuki kediaman itu.
Menurut sumber-sumber, anggota polis kemudian membalas tembakan itu dan merempuh masuk ke dalam rumah sebelum menembak mati suspek di tingkat atas.
"Polis kemudian menemui pistol berhampiran suspek dan pemeriksaan lanjut menemui sejumlah dadah di dalam rumah itu.
"Suspek adalah Ketua Geng 36 yang amat kehendaki polis dan serbuan dibuat hasil risikan yang dilakukan polis," katanya.
Difahamkan Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff dijangka mengadakansidang media tengah hari ini.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fU9Tkj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment