Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Maafkan Kami' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Maafkan Kami'



“Kami mohon maaf kepada semua penyokong yang mengharapkan sesuatu lebih baik. Ini saja yang mampu kami persembahkan.” Itu nada kekesalan kapten negara Mohd Syahir Rosdi selepas Malaysia sekadar meraih gangsa dalam acara sepak takraw berpasukan lelaki Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dan turut berkongsi pingat terbabit bersama Brunei. 

Malaysia yang tewas mengejut 1-2 kepada Indonesia, semalam, tidak mampu mencabar Thailand yang menang mudah 3-0 dalam aksi terakhir liga sepusingan di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

Secara keseluruhan, Thailand yang mengumpul enam mata mengekalkan emas yang dimenangi sejak edisi 1993 manakala tuan rumah Sukan Asia 2018, Indonesia meraih perak apabila mengumpul empat mata disusuli Malaysia (dua mata) dan Brunei tanpa sebarang mata.

“Apa saja yang orang cakap, saya sebagai kapten akan menanggungnya,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu. Menurut tekong utama negara itu, antara faktor yang menyebabkan skuad negara gagal meraih sekurang-kurangnya perak adalah sikap terlalu memberikan perhatian kepada musuh tradisi, Thailand.

“Kita memandang rendah Indonesia selepas pernah menang mudah dengan mereka sebelum ini. Malah dalam skuad, terdapat pemain muda yang kurang pengalaman turut menyumbang kepada keputusan ini.

“Banyak perkara yang perlu mereka belajar seperti menyerap tekanan, kekuatan mental apabila ketinggalan dan sebagainya. Mereka mempunyai potensi,” katanya. Mohd Syahir bagaimanapun menaruh keyakinan untuk mempertahankan emas antara regu yang dimenanginya di Singapura dua tahun lalu.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2idHfeT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.