Pelancong Malaysia Dikatakan Bertindak 'Samseng' Pecahkan Dinding, Bergaduh Dan Berak Dalam Shower Hotel, Ini Video Penjelasan Beliau
Sejak semalam tular di laman sosial kisah tiga orang pelajar Malaysia yang didawak bertindak samseng selepas memecahkan dinding bilik penginapan mereka, bergaduh dengan kakitangan dan membuang air besar di dalam ruang mandi dalam tandas.
Video yang dimuatnaik oleh pemilik bilik penginapan, Ema Vitti, tentang gelagat ketiga-tiga pelancong tersebut telah tular yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia di mana rata-rata menyatakan malu dengan gelagat mereka.
Ini adalah 2 penerangan kisah yang terjadi.
Ringkasan dari orang lain.
Kerana kes itu yang menjadi tular, laman Facebook dan Instagram mereka telah diserang netizen dengan kebanyakkannya menurunkan komen bergambar tahi.
Susulan kisah itu, salah seorang daripada mereka telah tampil menafikan dakwaan yang dibuat atas mereka itu sebaik tiba di Kuala Lumpur semalam.
Beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis KLIA 2, di mana berdasarkan laporan, menyatakan pertengkaran berlaku dengan seorang kakitangan Hotel Vitti Lodge selepas kakitangan warga negara Malaysia bernama Qaiyum itu memperlekehkan dan telah mengarahkan diaseperti budak-budak.
"Selepas berlaku pertengkaran tersebut, kami telah berbaik semula dan berdamai. Namun semalam lebih kurang jam 10.30 malam setibanya saya di KLIA 2, saya mendapati video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan saya di hotel tersebut telah diviralkan di dalam page Road To Jepun," jelas beliau.
Berikut adalah keratan laporan polis dibuat beliau yang dimuatnaik ke laman Instagramnya.
Ini penjelasan beliau melalui video.
Namun video penjelasan dilihat hanya separuh, dan netizen masih tertunggu-tunggu sambungan video itu.
Sumber: Siakapkeli.my
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xd2Kz3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment