50 Kenderaan Elektrik Tesla Digunakan Sebagai Teksi Di Dubai
Dubai ialah negara yang maju dan penuh kemewahan. Kenderaan eksotik seperti Lamborghini telah digunakan sebagai kenderaan peronda polis. Terkini sebanyak 50 Tesla Model S dan Model X telah digunakan sebagai teksi di negara Timur Tengah ini.
Ini adalah sebahagian usaha oleh Suruhanjaya Pengangkutan Dan Jalan Raya negara tersebut untuk menggunakan kenderaan pintar swapandu di masa hadapan. Lima puluh kenderaan ini ialah fasa pertama projek pemintaran pengangkutan awam di Dubai. Dalam masa dua tahun, armada teksi elektrik pintar Dubai akan mempunyai 200 buah kenderaan Tesla.
Menjelang 2030, Dubai ingin memastikan 25% kenderaan di atas jalan raya akan mempunyai kemampuan swapandu. Sekiranya anda tidak mampu membeli Tesla, anda boleh mencubanya sendiri di Dubai dalam bentuk teksi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y8KirQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment