Group Goyang Yuk Berpesta Dadah Ditahan
BUTTERWORTH – Seramai 26 orang anggota “Group Goyang Yuk’ termasuk empat pelajar sekolah menengah ditahan di Pangsapuri Kelisa, Perai semalam kerana mengadakan pesta dadah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mereka yang ditahan pada pukul 11 pagi itu terdiri daripada 15 remaja lelaki serta 11 wanita berusia antara 15 hingga 23 tahun.
“Semasa serbuan mereka langsung tidak menyedari kehadiran polis kerana masing-masing berada dalam keadaan khayal. Antara yang ditahan ialah penuntut kolej, pelajar sekolah menengah, kelindan lori, mekanik, operator kilang dan peniaga,” katanya.
Beliau berkata polis turut merampas sejumlah dadah.
“Mereka menyewa pangsapuri terbabit yang dijadikan sebagai inap desa dengan harga RM300 sehari dan telah beberapa kali menyewanya untuk berpesta dadah,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wpd3nS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment