HMD Global Telah Mula Menguji Android Oreo Beta Untuk Nokia 8
HMD Global agak aktif menawarkan kemaskini semasa Android kepada beberapa peranti Nokia mereka sejak beberapa bulan yang lepas. Kini, melalui Twitter, pihak HMD Global turut memperlihatkan yang mana mereka telah memulakan ujian beta untuk Android Oreo bagi peranti Nokia 8.
Daripada gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan kemaskini ini hadir dalam saiz sekitar 1.3GB, dan versi beta ini turut menawarkan kemudahan untuk beralih kembali kepada versi Nougat seperti sebelumnya. Buat masa ini, versi beta hanya diuji secara tertutup oleh pihak Nokia.
Tiada tarikh yang diberikan berkenaan bilakah Android 8.0 Oreo akan hadir ke Nokia 8 ini. Pada masa yang sama, pihak HMD Global turut mengatakan yang mana kemaskini sama turut akan hadir ke Nokia 3, Nokia 5 dan juga Nokia 6.
We are on it @nokiamobile . @Android #Oreo maturing nicely on #Nokia8 , will release when perfect. Stay tuned! http://pic.twitter.com/wPxEGA4rJn
— Juho Sarvikas (@sarvikas) September 16, 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xKgfKW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment