Kes Gambar Tersebar, Keluarga Suspek Bakar Pusat Tahfiz Buat Laporan Polis.
Susulan gambar viral suspek kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung tersebar Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan daripada 13 anggotanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Rusdi Md Isa berkata, keterangan daripada kesemua anggota berkenaan diambil semalam mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sementara Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar terpaksa mempercepat sidang media berhubung tangkapan tujuh suspek yang mendalangi kejadian kebakaran pusat tahfiz berkenaan.
Sidang media yang pada awalnya di jadualkan 11 pagi hari ini terpaksa dipercepat kepada jam 8 semalam susulan penyebar meluas mesej berhubung fakta kes dan gambar suspek yang diklasifikasikan sebagai sulit tersebar di laman media sosial sejak petang semalam.
Susulan itu pihak polis menjalankan siasatan terperinci bagi mencari dalang sebenar kepada pembocoran maklumat sulit berkenaan.
Datuk Amar Singh pada sidang media semalam juga turut meminta kepada ramai supaya berhenti daripada menyebarkan gambar suspek dan fakta yang boleh mengganggu siasatan.
Mereka yang didapati menyebar maklumat itu boleh dikenakan tindakan tegas mengikut seksyen 203A Kanun keseksaan, katanya.
BACA INI JUGA:
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woJToT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment