Hi! Welcome Back and Stay Tune! Info sulit kes pusat tahfiz bocor, pasukan khas ditubuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Info sulit kes pusat tahfiz bocor, pasukan khas ditubuh

Fakta kes dan maklumat sulit penahanan suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hingga mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, tersebar di media sosial. ― Foto oleh Choo Choy MayFakta kes dan maklumat sulit penahanan suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hingga mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, tersebar di media sosial. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 18 Sept — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kebocoran maklumat dan perincian penyiasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini pada Khamis lepas.

Ketua polis negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis memandang serius perkara itu selepas fakta kes dan maklumat sulit tentang penahanan suspek serta beberapa gambar suspek menjadi tular di media sosial.

"Saya akan arahkan ketua polis Kuala Lumpur (Datuk Amar Singh Ishar Singh) untuk menubuhkan 'task force' (pasukan khas) untuk meneruskan siasatan berhubung isu kebocoran (maklumat) siasatan kes ini di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan (penyebaran maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Mana-mana individu, pegawai atau anggota PDRM yang terlibat membocorkan maklumat, kami akan ambil tindakan, ia tidak boleh dibiarkan," katanya dalam sidang akhbar selepas meraikan atlet-atlet Sukan SEA 2017 dan Sukan Polis dan Bomba Sedunia di Bukit Aman, di sini hari ini.

PDRM semalam dilapor telah mengambil keterangan daripada 13 anggotanya bagi membantu siasatan berhubung kebocoran maklumat sulit kes berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pada Khamis lepas, sebanyak 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu, terkorban dalam insiden kebakaran pada 5.15 pagi itu.

Susulan itu, tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan dengan enam daripada mereka positif dadah dan kesemuanya direman selama tujuh hari bermula Sabtu untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, pada majlis itu, Mohamad Fuzi menyampaikan insentif kepada pegawai dan anggota PDRM yang menyumbang pingat sebagai atlet dan juga pegawai sukan semasa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Kejohanan Sukan Polis dan Bomba Sedunia baru-baru ini.

Insentif yang diberikan berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan kepada mereka yang terlibat kerana mengharumkan nama negara dan secara langsung menaikkan nama PDRM. — Bernama



Sumber Info sulit kes pusat tahfiz bocor, pasukan khas ditubuh

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hbVM75

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.