Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak mahu ‘susahkan rakyat’, JPJ ingin unggul di Asean - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak mahu ‘susahkan rakyat’, JPJ ingin unggul di Asean

Datuk Shaharuddin Khalid (tengah) pada sidang media pertama sebagai ketua pengarah JPJ berazam menjadikan agensi penguat kuasa itu cemerlang dan unggul di Asean. — Foto ihsan Facebook/Jabatan Pengangkutan Jalan MalaysiaDatuk Shaharuddin Khalid (tengah) pada sidang media pertama sebagai ketua pengarah JPJ berazam menjadikan agensi penguat kuasa itu cemerlang dan unggul di Asean. — Foto ihsan Facebook/Jabatan Pengangkutan Jalan MalaysiaPUTRJAYA, 18 Sept — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  akan menjalani proses penjenamaan semula supaya tidak dilihat sebagai satu jabatan yang menyusahkan rakyat, kata ketua pengarah baharunya Datuk Shaharuddin Khalid.

Bercakap kepada pemberita pada hari pertama melapor diri bertugas di ibu pejabat JPJ di sini hari ini, katanya beliau akan menyemak semula sistem dan prosedur di JPJ jika ia didapati menyusahkan rakyat.

Shaharuddin, 57, yang sebelum ini merupakan ketua penasihat eksekutif pejabat penasihat undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata beliau berazam untuk meningkatkan tadbir urus jabatan tersebut bagi menjadikannya agensi penguat kuasa jalan raya yang cemerlang dan unggul di Asean. 

“Saya tidak mahu dilihat sebagai pembanteras rasuah.  Setiap sektor kerajaan komited untuk menolak rasuah dan ini merupakan proses berterusan,” katanya ketika mengulas berhubung latar belakangnya daripada SPRM. 

Beliau menyertai Badan Pencegahan Rasuah yang kini SPRM sebagai pegawai siasatan pada 1984.  

Shaharuddin berkata beliau mempunyai visi untuk meningkatkan prestasi JPJ namun ia tidak bermaksud pada masa ini JPJ bermasalah.

“Kami (JPJ) adalah baik dan kami mahu membawa (prestasi) diri kami ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Katanya JPJ juga akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugasnya seperti Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan. — Bernama



Sumber Tidak mahu ‘susahkan rakyat’, JPJ ingin unggul di Asean

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hacJ5q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.