5 Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Jika Ada Televisyen Di Rumah
Memiliki anak sememangnya adalah impian untuk setiap pasangan yang sudah berkahwin. Ada ibu bapa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka dapat yang terbaik sahaja. Kadang-akadang ada ibu bapa yang terlalu berlebihan dalam menyediakan keperluan untuk anak-anak, misalnya membelikan mereka gajet ataupun memasang televisyen (TV) di dalam bilik anak-anak.
Mungkin niat ibu bapa hanyalah untuk menggembirakan hati anak-anak, namun ia mempunyai risiko, misalnya pendedahan terhadap TV boleh mengganggu perkembangan kanak-kanak. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Taufiq Razif telah berkongsi info yang wajib ibu bapa tahu jika memiliki TV di rumah. Jom ikuti perkongsiannya.
Mak Ayah Wajib Tahu 5 Benda Ni Kalau Ada TV Kat Rumah
1. TV ni boleh menyebabkan anak mengalami ransangan visual ( pandangan ) dan auditori (pendengaran ) yang berlebihan lebih-lebih lagi anak di bawah umur 18 bulan.
2. Ransangan berlebihan tadi akan menyebabkan otak si anak menjadi kaku dan celaru untuk menerima ransangan-ransangan lain padahal benda tu perlu untuk otaknya terus berkembang. Hingga akhirnya akan menyebabkan anak kita mengalami masalah lambat bercakap, masalah tingkahlaku dan juga masalah dalam pelajaran suatu hari nanti.
3. Anak kita masih belum mampu untuk membezakan fantasi dan realiti. Itulah kenapa kartun yang ada unsur pergaduhan, merokok dan mencarut akan dianggap sebagai realiti oleh anak kita dan tanpa kita sedar anak kita akan cuba meniru adegan adegan tu semua bila di belakang kita.
4. Paling bahaya sekarang trend mak ayah letak TV kat dalam bilik tidur anak-anak. Tahu tak kita suara daripada TV yang terpasang tu sendiri dah boleh menganggu tidur dan perkembangan anak-anak kita walaupun anak kita tak menontonnya.
5. Sebenarnya American Academy of Pediatrics ( AAP ) ada letak garis panduan tapi ramai sangat mak ayah tak tahu info ni.
- Untuk anak berusia 18 bulan ke bawah : JANGAN DEDAHKAN DENGAN TV ATAU GADJET kecuali untuk video-chatting dengan keuarga terdekat. Tu pun sekali sekala je.
- Untuk anak berusia 18 - 24 bulan : Boleh bagi sikit-sikit tapi tak digalakkan.
- Dah besar sikit baru boleh bagi anak tengok TV tapi tu pun cuma 1 JAM JE SEHARI dan cerita yang anak kita tengok tu mestilah cerita yang berbentuk educational dan mendidik.
AAP link - http://ift.tt/2iLpLVv
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xOcssz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment