Budak Dipukau Ditemui Di Lapangan Terbang Indonesia
JAKARTA: Pegawai keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta menemui seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dipukau.
Pengurus Kanan Terminal 2, Edi Mukri berkata, pegawai keselamatan di lapangan itu mendekati gadis berkenaan yang dalam keadaan bingung.
"Dia ditemui bersendirian di terminal dan kelihatan terpinga-pinga. Selepas itu, pegawai kami membawanya ke pusat informasi," ujar Edi.
Menurutnya, budak perempuan yang ditemui pada Sabtu lalu memberitahu sedang mencari ibu bapanya yang telah ke Australia bersama seorang selebriti Instagram.
Bagaimanapun, dia tidak mengetahui maklumat penerbangan ibu bapanya.
"Dia beritahu berasal dari Jakarta timur bila ditanya.
"Berdasarkan siasatan, kita menganggap budak perempuan ini sebenarnya telah dipukau. Bapanya sedang bekerja dan selebriti yang dimaksudkan sedang menghadiri satu acara," ujar Edi.
Dalam pada itu, pemandu teksi yang membawa budak tersebut ke lapangan terbang berkata, kanak-kanak itu kelihatan bingung sewaktu menaiki kenderannya.
Nahim Entong memberitahu dia menyimpan telefon milik budak berkenaan kerana tidak mempunyai duit untuk membayar tambang teksinya.
Bapa kanak-kanak itu berkata, anaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai seleriti Instagram - The Jakarta Post/Asia News Network.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z6TjTO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment