Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembantu Kedai Makan Didakwa Bunuh Teman Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembantu Kedai Makan Didakwa Bunuh Teman Wanita

ROMPIN – Seorang pembantu kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh suami kepada teman wanitanya, minggu lalu.

Tertuduh Mohd Hakim Mat Desa, 28, sekadar mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ahmeed Fahd Abdullah dan tiada pengakuan direkodkan kerana perkara itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mohd Hakim yang beralamat di Felda Keratong 1 Muadzam Shah di sini, didakwa membunuh Zubir Engku Ibrahim @ M. Zubir, 32, yang merupakan warga Indonesia pada 10.30 malam, 24 Okt lalu di kawasan cuci kereta pintu gerbang, Felda Keratong 2, Bandar Tun Razak di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Daniel Roslan.
Nor Ahmeed Fahd menetapkan sebutan semula kes pada 8 Feb depan.

Pada 31 Okt lalu, media melaporkan seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai Zubir ditembak dari jarak kira-kira lima meter dengan menggunakan senapang patah buatan sendiri oleh teman lelaki isterinya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iV9UpV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.