Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 1,500 Polis Bertugas Pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 1,500 Polis Bertugas Pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia

SHAH ALAM – Polis menempatkan lebih 1,500 anggota dan pegawai di Stadium Shah Alam sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah pada Sabtu ini bagi memastikan acara berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata jumlah tersebut merangkumi keanggotaan daripada pelbagai jabatan termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Pengesan (K9) dan Unit Berkuda pasukan keselamatan itu.

“Saya yakin penyokong kedua-dua pasukan adalah profesional serta matang dan diharap tiada pihak cuba menimbulkan sebarang provokasi dalam perlawanan ini.

“Disebabkan sebelum ini ada kumpulan kecil penonton cuba gugat ketenteraman awam selepas perlawanan, maka kali ini, polis meningkatkan kawalan melibatkan sebelum, semasa dan selepas perlawanan bagi memastikan stadium dan kawasan sekitarnya benar-benar bebas daripada gangguan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat keselamatan akhir Piala Malaysia, di sini hari ini.

Shafien berkata pintu stadium akan dibuka seawal 4 petang dan penyokong kedua-dua pasukan digalakkan supaya datang lebih awal sebelum perlawanan bermula pada 9 malam bagi memudahkan mereka mengambil tempat duduk seperti yang telah ditetapkan.

Katanya, penyokong pasukan JDT akan masuk ke stadium melalui pintu A dan D manakala penyokong pasukan Kedah pula melalui pintu B dan C yang kesemua mereka perlu melalui pemeriksaan badan dengan bantuan unit pengesan sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau turut memberi amaran keras kepada semua pihak supaya mematuhi arahan keselamatan dan tidak membawa barang larangan seperti senjata tajam, botol minuman dan bahan letupan termasuk bendera parti politik semasa perlawanan itu berlangsung bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.

Tambah Shafien, tiada penutupan jalan dilakukan pada Sabtu ini namun aliran trafik di beberapa laluan sekitar stadium akan dilencongkan selain tempat letak kenderaan penyokong kedua-dua pasukan juga diasingkan bagi memudahkan perjalanan keluar masuk sebelum dan selepas perlawanan.

“Kami menjangkakan kira-kira 75,000 penyokong akan membanjiri stadium pada perlawanan akhir itu dan sekali lagi saya ingatkan supaya semua pihak patuhi peraturan untuk menikmati perlawanan dengan aman,” katanya.

Dalam pada itu, Shafien berkata mana-mana pihak yang didapati menjadi ‘ulat tiket’ dengan menjual tiket palsu kepada orang awam akan terus ditahan bagi mengelakkan sebarang penipuan untuk mengaut keuntungan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z8Pi1l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.