Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masih Lagi Pelakon, Kamal Tak Anggap Dirinya Pelawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masih Lagi Pelakon, Kamal Tak Anggap Dirinya Pelawak


Menjadi seorang pelakon dan pelawak bukanlah mudah bagi juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017), Kamal Adli.

Kariernya sebagai anak seni bermula apabila dia dinobatkan sebagai Juara Hero Remaja 2007/2008 dan bergelar model di pentas peragaan serta menjadi pelakon sampingan.

Namun kini, nama Kamal sudah menjadi bualan hangat dibibir-bibir netizen. Kejayaanya di dalam SSS2017 benar-benar telah mengubah kehidupannya sendiri.

Walaupun telah bergelar juara bagi program lawak, tetapi pelakon drama Sha dan Shah itu masih belum bersedia untuk digelar sebagai seorang pelawak.

“Saya masih pelakon biasa seperti dahulu. Bezanya, sudah tertulis rezeki saya untuk memenangi SSS2017 dan menewaskan pelawak-pelawak yang ada.

“Seperti pelakon lain, saya masih meneliti skrip dan jalan cerita sesebuah naskah sebelum menerima sesuatu tawaran.

“Tak kisahlah jika karya itu berbentuk serius, lawak atau seram, saya akan menerimanya jika jalan ceritanya bagus,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Tambah Ahmad Kamal Ahmad Adli atau Kamal Adli, kemenangan yang diperolehnya itu merupakan ‘pengubat’ kepada segala dugaan yang menimpa dirinya baru-baru ini.

Bukan sahaja tertekan dengan kisah cintanya bersama dengan pelakon Emma Maembong yang dikatakan telah putus ditengah jalan, ditambah pula apabila motor besar berkuasa tinggi jenis Aprilia Shiver miliknya dikatakan telah hilang di kediamannya, dekat Taman Cempaka, Ampang.

“Sepanjang minggu lalu, saya berada dalam keadaan tertekan. Pelbagai kontroversi terjadi melibatkan diri saya.

“Kemuncaknya pula apabila motor saya hilang dicuri. Namun begitu, saya tidak mahu mengalah dan cuba memberikan sepenuh fokus kepada SSS2017.

“Alhamdulillah, kemenangan dalam pertandingan ini menjadi penawar duka untuk saya. Saya tak jangka akan menang dan sangat berterima kasih kepada semua pengundi dan peminat,” tambah pelakon yang berasal dari Pahang itu.

Melihat kepada kemenangan yang diperolehinya itu jelas menunjukkan bahawa masih ada pelakon biasa yang mempunyai bakat menjadi pelawak.

Kamal selaku anggota kumpulan King Musang dalam program itu telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi kemenangan.

Manakala, naib johan menjadi milik Fad Bocey dan ketiga jatuh kepada Achey Bocey. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 dan RM25,000 bersama trofi.

Agak-agak lepasni siapa pula pelakon yang akan bergelar pelawak? Mana tahu nanti bertambah ramai pelawak yang ada dalam industri hiburan tempatan kita ni. -MYNEWSHUB.CC / AH


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iXjSXW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.