Hi! Welcome Back and Stay Tune! S/U Pemuda Pakatan Harapan Pernah Mohon Kerakyatan UK, Tolak Kewarganegaraan M'sia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

S/U Pemuda Pakatan Harapan Pernah Mohon Kerakyatan UK, Tolak Kewarganegaraan M'sia




Menetap di luar negara selama 22 tahun dan pernah memohon kerakyatan United Kingdom, kesetiaan ADUN (DAP) Pasir Pinji , Perak, Howard Lee Chuan How kini dipersoal tambahan lagi beliau merupakan Ketua Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Yusoff berkata, Howard merupakan seorang chef kini bergiat aktif bersama DAP menetap di UK selama 22 tahun antara 1995 hingga 2007, dan hanya pulang selepas pasportnya hilang.

"Apa yang mahu saya bangkitkan ialah bagaimana Howard Lee Chuan How boleh dilantik ke jawatan amat penting itu tatkala ketaatsetiaannya kepada negara sedang dipertikaikan.

"Howard Lee Chuan How sendiri secara terbuka mengakui memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan Britain pada tahun 2002, dan mencubanya lagi kemudian, tetapi gagal," ujar Dr Kamarul.

Dipetik Facebook beliau, Dr Kamarul menjelaskan, Howard sekali lagi memohon kerakyatan Britain pada 2006 sewaktu ingin mengahwini isterinya, Dr Fiona Williamson, tetapi ditolak dan passportnya hilang.

"Berpandukan nasihat Immigration Advisory Service Britain, Howard Lee Chuan How pulang ke Malaysia pada 2007 untuk mendapatkan passport baru dan masuk semula ke Britain.

Malangnya, permohonan visa Howard Lee Chuan How bagi membolehkan beliau masuk semula ke Britain telah ditolak oleh British High Commission di Kuala Lumpur," katanya.

Semenjak daripada itu, Howard mula bergiat aktif dalam politik dengan coretan beliau didalam kolum akhbar Eastern Daily Press serta membuka petisyen untuk menyokong hasratnya untuk kembali ke United Kingdom.

"Howard Lee Chuan How menyertai Pilihan Raya Umum 2008 sebagai pengurus kempen Ketua Pemuda DAP sekarang, Wong Kah Woh.

"Seterusnya, dalam Pilihan Raya Umum 2013, Howard Lee Chuan How sendiri bertanding di DUN Pasir Pinji, Perak, dan menang setelah mengalahkan calon BN, Thong Fah Chong.

"Di dalam DAP pula, kelantangan beliau, termasuk di dalam menghentam parti-parti musuh DAP seperti PAS, UMNO dan MCA, membuatkan nama beliau agak cepat dikenali," ujarnya.

Kini, Howard diberi kepercayaan parti komponen Pakatan Harapan selaku Ketua Setiausaha Pemuda walaupun rekod jelas terbukti bahawa beliau pernah memohon untuk menolak kerakyatan Malaysia.

"Boleh saja dibayangkan apa akan berlaku kepada Malaysia bila individu seperti ini diletakkan sebagai model pemimpin tinggi negara pada masa hadapan oleh Pakatan Harapan," kata Dr Kamarul lagi.



- mD



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A1FiGi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.