Hi! Welcome Back and Stay Tune! Naik Tzzaraf Sekolah xDaif Komitmen Berterusan Kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Naik Tzzaraf Sekolah xDaif Komitmen Berterusan Kerajaan


SANDAKAN - Peruntukan RM1 bilion untuk menaik taraf sekolah daif di negeri ini pada Bajet 2018 merupakan komitmen berterusan kerajaan pusat terhadap Sabah, kata Ketua Menterinya Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan bukan sahaja pelajar malah guru juga dapat mengikuti suasana pembelajaran yang selesa.

"Kerajaan pusat mendengar permintaan kita dan menerusi Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan besar untuk naik taraf sekolah daif di negeri ini," katanya pada Majlis Konvokesyen Kelas Dewasa Orang Asli dan Pedalaman (KEDAP) Jabatan Pendidikan Sabah di sini, hari ini.

Seramai 324 pelajar dewasa dari 12 sekolah di negeri ini menerima sijil pada majlis itu.

Menurutnya kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dan sedar akan tanggungjawab dalam aspek pendidikan rakyat di negara ini.

Sementara itu, Musa berkata pelaksanaan KEDAP merupakan langkah diambil kerajaan untuk memberi peluang golongan dewasa yang tidak berpeluang belajar untuk mendalami asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Katanya, ia sejajar dengan pelaksanaan pendidikan sepanjang hayat yang diterapkan oleh kerajaan untuk rakyat di negara ini tanpa mengira umur dan di mana mereka berada.

Menurutnya menerusi konsep ini, kerajaan juga menyediakan elaun kepada pelajar termasuk atas kehilangan pendapatan ketika mengikuti kelas. – Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z6DpZL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.