“Mungkin Mereka Cemburu Lihat Kami Bahagia”
Majlis pertunangan gilang gemilang bagi pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi pada bulan lalu sehingg kini terus menimbulkan cakap-cakap orang di belakang. Terkilan dengan kritikan negatif orang ramai, Elfira menganggap mereka yang berfikiran sebegitu hanya cemburu melihat mereka bahagia.
BACA: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Mahu Kurang Berjumpa
“Apabila kami melangkah lebih dekat kepada benda yang baik, iaitu mendirikan masjid, sudah tentu semua orang mendoakan yang baik. Tetapi kalau ada yang berkata-kata negatif itu mungkin kerana cemburu. Itu perkara biasa. Pastinya akan ada orang bercakap”
Sebagai anak seni, khususnya Elfira pastinya sudah biasa dengan krtitikan negatif yang dilemparkan. Menurut Elfira, peminat seharusnya mendoakan kesejahteraan mereka yang bakal bernikah pada tahun depan, bukan menilai sesuatu dari luaran seterusnya sesuka hati menjatuhkan hukum.
Selain itu, Sufian sempat berkongsikan mengenai persiapan perkahwinan mereka yang pada ketika ini masih belum memutuskan apa-apa lagi. Pastinya peminat tidak sabar melihat mereka disatukan. Buat Elfira, abaikan sahaja cakap-cakap orang, apa yang penting kebahagiaan hati sendiri.
“Buat masa ini kami hanya melihat tempat dan memikirkan konsep. Semuanya masih di awang-awangan. Masing-masing tengah berangan untuk membuat begitu dan begini tetapi semuanya belum dimuktamadkan,” katanya kepada Pojek MMO mengenai persiapan terkini mengenai perkahwinan mereka. (rtky/w)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h50TKh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment