Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dadah 'Serbuk Kunyit' RM900,000 Dirampas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dadah 'Serbuk Kunyit' RM900,000 Dirampas


NILAI: Seorang pemilik pusat karaoke ditahan bersama 20 kilogram (kg) serbuk ketamin yang kononnya serbuk 'kunyit' dibeli dari India, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 13 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya, berkata lelaki berusia 37 tahun itu mendakwa serbuk di dalam bagasinya itu adalah kunyit yang dibeli di India.

"Hasil maklumat diterima JKDM, suspek yang menaiki penerbangan dari Mumbai, ditahan di KLIA pada jam 10.45 pagi, 13 Oktober lalu.

"Pemeriksaan pada bagasi yang dibawanya menemui dua bungkusan serbuk berwarna coklat dan dia mendakwa ia adalah serbuk kunyit yang dibeli di sebuah pasar raya di Mumbai untuk dijadikan campuran minuman kesihatan.

"Bagaimanapun, ujian saringan Jabatan Kimia mengesahkan serbuk berkenaan dipercayai mengandungi dadah jenis ketamin seberat 20 kilogram," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik JKDM, Kampung Jijan, di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, soal siasat mendapati suspek yang memiliki sebuah pusat karaoke di ibu negara sudah empat kali berulang-alik ke Mumbai sepanjang tahun ini, dipercayai untuk menyeludup dadah.

Katanya, suspek direman 14 hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iU2Olg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.