Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maisarah Ukulele tidak mudah mengalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maisarah Ukulele tidak mudah mengalah

NAMANYA masih belum dikenali ramai. Masih mencari-cari ruang dan peluang untuk menempatkan diri dalam kalangan penyanyi popular di negara ini.

Namun, selama mana masa diambil gadis cantik ini, selama itu dia tidak akan berhenti mencuba.

Maisarah Mohd Faizal, baru berusia 16 tahun. Lagunya Oh Si Kacak sudah mula diputarkan di corong-corong radio tempatan menjadi penanda aras untuknya.

Kelainan dengan menyanyi sambil bermain ukulele memberi kelebihan buat gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

“Saya masih mencari tempat untuk meletakkan nama saya. Tapi, jika orang lebih mengenali lagu berbanding diri saya, itu tidak menjadi hal besar asalkan muzik saya dikenali,” katanya.

Menurutnya, dengan lambakan penyanyi yang ada kini, tidak mudah untuknya bersaing.

“Saya akan terus bergerak dengan muzik saya. Tetapi, pembaharuan pasti akan mengambil masa,” katanya.

             
Mula menyanyi sejak kecil Maisarah kini sudah pun mempunyai tiga ‘single’ sejak dua tahun lalu.

Antara lagu-lagu tersebut adalah Tak Mungkin Sendiri dan Prasetia.

“Dua lagu saya kurang mendapat sambutan mungkin kerana promosi yang kurang memandangkan saya masih baru dan bersekolah.

“Memasuki lagu ketiga, saya sudah tahu apa nak buat, Alhamdulillah lagu yang saya cipta sendiri ini mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.

Tidak mahu terus tenggelam dengan lambakan penyanyi baharu lain, Maisarah dan pengurusannya sudah menyusun strategi bagi memastikannya terus dikenali.

“Saya masih mencari tapak dan ini adalah proses pembelajaran untuk saya. Bukan mudah nak buat orang suka dengan muzik kita. Tapi saya yakin, suatu hari nanti, lagu-lagu saya akan diterima.

“Saya nak tumpu pada sekolah dulu. Buat masa ini, menyanyi hanya pada waktu lapang dan juga cuti hujung minggu. Saya hanya akan betul-betul memberi tumpuan apabila tamat sekolah pada hujung tahun hadapan,” ujarnya.

Boleh bermain ukulele sejak kecil, Maisarah mahu terus menghasilkan lagu-lagu yang boleh memberi inspirasi kepada remaja seusianya.

The post Maisarah Ukulele tidak mudah mengalah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zb79H6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.