Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ambiga Perlu Tanggungjawab Kepada Sarawak Report - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ambiga Perlu Tanggungjawab Kepada Sarawak Report



BUKIT KAYU HITAM – Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S. Ambiga perlu berani bertanggungjawab terhadap tindakannya memberikan data dan maklumat mengaitkan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ambiga tidak boleh bersikap seperti ‘baling batu sembunyi tangan’ dalam perkara berkenaan dengan cuba mengelakkan diri daripada ditemui pihak media.

“Dari dahulu kita telah mengetahui sikap Ambiga iaitu berani bila ada di belakang, tak berani bila ada di hadapan. Beliau mengelakkan diri ditemui wartawan… tidak ada keberanian.

“Kalau ada keberanian dengan bukti diberikan kepada Sarawak Report ini, mesti berani…beliau tidak harus bersembunyi untuk menyatakan perkara itu. Beliau harus berani bertanggungjawab dengan semua data dan maklumat diberikan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Kedua Peringkat Tertinggi (HLC) mengenai Keselamatan dan Kawalan Sempadan Negara Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu bagi Fasa Satu di sini hari ini.
​​​​​​​
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas laporan portal The Malaysian Insight yang mendedahkan menerusi hujah balas dan pembelaan yang difailkan Rewcastle-Brown dengan mengatakan pernah bercakap dengan Ambiga pada Julai 2016 mengenai Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PAS.

Pembelaan itu difailkan Rewcastle-Brown dalam saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London pada April lepas dengan membabitkan artikel yang mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta sebagai habuan menyokong Barisan Nasional.

Artikel Sarawak Report bertajuk ‘As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connections’ disiarkan menerusi portal itu pada 6 Ogos 2016.

Ahmad Zahid sehubungan itu menyatakan simpatinya kepada PAS yang mana parti berkenaan tidak boleh dianiaya dengan perkara yang tidak benar seumpama itu.

“Kalau mahu berpolitik, berpolitik secara berhemah…ini amat tidak kredibel. Selama ini seolah-olah apa sahaja yang ditulis Sarawak Report ini dianggap sebagai gospel truth (benar semata-mata),” katanya. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A6l6UB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.