Mahkamah perintah penganggur di hantar ke Hospital Bahagia
SHAH ALAM: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan birasnya, Jumaat lalu.
Muhamad Ikhwan Khairi, 29, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rihaida Rafie.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhamad Ikhwan Khairi didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Sohaimi Shahadan, 48, di bahagian kepalanya sehingga putus satu saraf 'occipital nerve' dengan menggunakan pisau.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di nombor 48, Jalan Desa Mocis 3, Sungai Pelong, di sini, jam 8.45 malam, pada 27 Oktober lalu dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.
Sementara itu, di hadapan Majistret Siti Noor Adilla Raja Mahyaldin, Muhamad Ikhwan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Zulkifli Zainal, 38, di bahagian kepala sehingga pipi kiri dengan menggunakan pisau, di tempat, masa dan tarikh sama.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam bela, Mohd Hazrin Alif Wahab yang mewakili tertuduh, memohon supaya anak guamnya dihantar ke hospital bagi mendapatkan penilaian psikiatri dan tidak direkodkan sebarang pengakuan sementara menunggu laporan perubatan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia dan menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Basri dan Amira Haziqah Zulkifli.
Sumber Mahkamah perintah penganggur di hantar ke Hospital Bahagia
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h94TcF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment