Koperasi penduduk rintis ladang lada skala besar
SARIKEI: Pembukaan ladang lada berskala besar melalui penubuhan koperasi penduduk antara mekanisme dirangka Lembaga Lada Malaysia (MPB) bagi mempertingkatkan pengeluaran komoditi berkenaan.
Ia juga antara pendekatan strategik agensi berkenaan ke arah memperkukuhkan kedudukan negara, khususnya Sarawak sebagai antara pengeluar lada utama dunia.
Pengerusi MPB, Tan Sri William Mawan Ikom, berkata bagi menjayakan usaha itu, kerajaan negeri perlu memberi lebih perhatian kepada model pembangunan tanah rakyat, termasuk berstatus Hakmilik Adat Bumiputera (NCR) yang sebahagian besarnya belum dibangunkan.
"Sarawak memiliki banyak tanah, sebahagian besarnya berstatus NCR yang sudah siap diukur. Kebanyakan tanah di negeri ini cukup subur untuk pelbagai aktiviti pertanian, termasuk penanaman lada yang mampu membantu pembangunan setempat dan menjana sosio-ekonomi rakyat.
"Justeru, ada baiknya tanah berkenaan (NCR) digabungkan, seterusnya menggalakkan pemiliknya menceburi penanaman lada berskala besar. Aspek pengurusan dan pemasaran dapat diselaraskan agar lebih sistematik melalui bantuan MPB," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan berkata demikian ketika ditemui BH pada Majlis Pelancaran Program Jom Tanam Lada 2017, di sini hari ini.
Katanya, seperti komoditi terpenting lain, khususnya getah dan kelapa sawit, konsep pekebun kecil juga boleh dilaksanakan dalam aktiviti penanaman lada, namun keluasan ladang perlu dipertingkatkan bagi mendokong keupayaan pengeluaran.
"Menjelang 2020, kita menyasarkan keluasan penanaman lada di seluruh negara mencapai 20,000 hektar, sekali gus mampu menjadikan negara sebagai pengeluar lada utama dan terbaik dunia.
"Malaysia kini memiliki 17,000 hektar ladang lada termasuk 16,000 hektar di Sarawak," katanya.
Mawan berkata, agensi juga sedang melaksanakan pelbagai program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam meneroka industri hiliran berasaskan komoditi itu bertujuan menambah nilai produk dihasilkan.
"Dengan aktiviti hiliran, kita pasti dapat bertahan daripada sebarang cabaran ketidaktentuan harga lada di pasaran global, sekali gus mengurangkan risiko kerugian dihadapi pekebun kecil lada," katanya.
Mengenai harga lada yang merosot tahun ini, beliau berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi mewujudkan jaringan keselamatan sosial untuk melindungi kebajikan pekebun lada.
"Kementerian memberikan maklum balas positif mengenai cadangan itu. Jaringan sosial seperti diwujudkan bagi getah, perlu untuk mengelakan pekebun lada 'meninggalkan' kebun mereka ketika harga jatuh," katanya.
Sumber Koperasi penduduk rintis ladang lada skala besar
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z6VU2z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment