Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah remas anak gadis rakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah remas anak gadis rakan

Padah remas anak gadis rakan|Buruh dipenjara setahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan mencabul anak perempuan rakannya, bulan lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohd Fariff Abd Rahman, 31, mengaku salah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Oktober 2017.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyentuh badan remaja perempuan berusia 16 tahun di rumah di Kampung Padang Lembek, Ketereh di sini pada 8.30 malam, 27 Oktober 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana sudah insaf selain perlu menyara keluarganya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius.

“Tertuduh melakukan kesalahan itu ketika ibu bapa mangsa tiada. Oleh itu saya mohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh ,” katanya.

The post Padah remas anak gadis rakan appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zqeFyF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.