ANAK WAWA ZAINAL DISAHKAN AUTISM?
Sebelum ini, pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya saling berbalas komen dengan netizen diruangan komen Instagram mereka apabila ada yang mendakwa anak mereka, Lara Alana ‘lembab’. Dakwaan itu muncul apabila terdapat segelintir daripada mereka yang memperkatakan mengenai pembesaran Lara yang agak perlahan berbanding kanak – kanak lain.
Wawa Risau Anak Masih Belum Boleh Bercakap
Terkini, Wawa Zainal yang juga isteri kepada pelakon Aeril Zafrel menerusi Instagram nya telah meminta para peminatnya untuk berkongsi pandangan dan nasihat mengenai anak sulung mereka, Ahmad Fakhtaruddin Attar.
Menurut Wawa, beliau berasakan risau mengenai anak sulungnya itu kini mencecah usia 4 tahun dan masih belum boleh bercakap. Disebabkan itu, Wawa bersifat terbuka dengan meminta peminatnya untuk berkongsi pengalaman dan juga tips untuk anaknya.
Netizen Dakwa Attar Autism
Lebih dari 800 komen telah membanjiri ruangan Instagram Wawa dengan pelbagai nasihat dan juga pandangan. Akan tetapi, terdapat beberapa komen dari netizen yang mendakwa anak Wawa seperti mengalami tanda – tanda awal Autism.
Namun begitu, Wawa lebih tenang dengan tidak melatah dengan komen tersebut malah rata – rata komen dari peminat beliau mengatakan itu adalah perkara normal untuk kanak – kanak yang mengalami masalah sebutan dan boleh diatasi dengan pelbagai cara.
sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z5GhIJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment