Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Memperkenalkan Siri Redmi Y Dengan Dua Model Telefon Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Memperkenalkan Siri Redmi Y Dengan Dua Model Telefon Baru

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan siri baru peranti dibawah jenama Redmi Y. Telefon pintar pertama dibawahnya adalah Redmi Y1, dan telah diumumkan untuk pasaran India sahaja buat masa ini. Xiaomi mengatakan huruf “Y” membawa makna “You”, dan “Youth”.

Dibawah siri Redmi Y, sebanyak dua telefon pintar diperkenalkan, iaitu Redmi Y1 dan juga Redmi Y1 Lite.

Xiaomi Redmi Y

Xiaomi Redmi Y1 membawakan rekaan tepi yang sedikit melengkung untuk memberikan keselesaan ketika memegangnya. Peranti ini dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, dan memfokuskan kepada ciri selfie. Untuk tujuan berkenaan, Xiaomi Redmi Y1 menyertakan kamera hadapan selfie 16-megapixel dengan lampu pencahayaan, dan menggunakan kamera belakang 13-megapixel PDAF.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip Snapdragon 435, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Redmi Y1 turut menyokong dwi-SIM, serta sokongan infra-merah untuk mengawal perkakasan elektronik anda di rumah.

Di India, Redmi Y1 dengan pilihan 3GB RAM ditawarkan pada harga Rs8999 (~RM588), sementara model dengan pilihan 4GB RAM pula ditawarkan pada harga Rs10999 (~RM719).

Bersama-sama pengumuman Redmi Y1, pihak Xiaomi turut mengumumkan Redmi Y1 Lite yang menyertakan skrin 5.5-inci seperti model utamanya. Xiaomi mengatakan mereka memilih saiz skrin ini kerana ia merupakan permintaan saiz yang paling tinggi berbanding saiz skrin yang lain.

Redmi Y1 Lite menawarkan rekaan lebih kurang sama, sokongan dwi-SIM, tetapi hadir dengan cip Snapdragon 425, dan bateri berkapasiti 3080mAh. Ia turut menyertakan sokongan IR Blaster, dan menyertakan kamera belakang 13-megapixel untuk rakaman gambar.

Model 2GB RAM dengan 16GB storan ditawarkan di India pada harga Rs6999 iaitu sehingga RM458.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan menawarkannya untuk negara lain.

Sedang dikemaskini…



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hy3ZUj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.