Preview News Besar BOE: Potensi Pergerakan Matawang GBP Malam Ini!
Apakah yang akan dilakukan oleh Bank of England (BoE) terhadap kadar faedah pada Khamis?
Apa sahaja tindakan BoE terhadap kadar faedah dan komen mereka terhadap polisi monetari di masa hadapan akan memberikan halatuju matawang Sterling untuk saki-baki tahun 2017 dan mungkin berterusan sehingga tahun depan.
Pasaran global keseluruhannya menjangka kenaikan kadar faedah kepada 0.50% dari 0.25% ketika ini. Oleh itu, jika kadar faedah tidak dinaikkan, Sterling (GBP) dijangka akan menjunam.
Potensi kenaikan kadar faedah BoE ketika ini berada di sekitar 88.4%. Oleh itu, terdapat potensi junaman yang akan dibuat oleh matawang GBP jika kadar faedah dikekalkan.
Dengan potensi pergerakan yang mungkin terganggu dalam pasaran kewangan UK, bank pusat sebenarnya tahu perkara itu akan berlaku jika mereka tidak menaikkan kadar faedah. Jadi, persoalannya sekarang adakah ini satu-satunya kenaikan kadar faedah BoE atau ada lagi beberapa kenaikan pada 2018?
Jika memang ada lagi kenaikan kadar faedah di masa akan datang, GBP akan mengukuh, jika tidak GBP akan melemah. Ya, semudah itu.
Bank of England dijangka akan mengikuti apa yang dilakukan oleh The Fed dan Bank pusat Kanada, kata penganalisis James Rositter dari TD Securities.
Halatuju polisi monetari BOE
Jika kita lihat dari segi tren pergerakan pertumbuhan ekonomi (GDP) UK, tiada isyarat yang menunjukkan pertumbuhan akan jatuh secara tiba-tiba. Memang ada ketidaktentuan rundingan Brexit, tetapi ia sudah berjaya diserap oleh pasaran.
Walaupun dengan jangkaan yang lebih positif kepada BoE, kita perlu meneliti terlebih dahulu apa yang diperkatakan oleh bank pusat tentang halatuju polisi monetari di masa hadapan. Hanya dengan meneliti perkara ini, kita sebagai ‘retail trader‘ lebih bersedia dengan hala tuju matawang GBP dalam jangka masa yang lebih panjang.
Adakah terdapat peluang kenaikan kadar faedah kedua?
Itulah yang akan dilihat pasaran, polisi monetari BoE di masa hadapan.
Ada beberapa penganalisis pasaran yang yakin dengan kenaikan kadar kedua jika kadar faedah dinaikkan pada Khamis. Bank pusat juga dijangka akan mengekalkan komunikasi bahawa “Kenaikan kadar faedah di masa akan datang bergantung kepada evolusi ekonomi.”
Ada juga yang menjangka bahawa Carney akan mengatakan “Ini adalah kenaikan yang menjadi titik asas untuk kenaikan kadar di masa akan datang dalam proses pengetatan polisi.”
Apa yang perlu dilihat adalah tiga perkara utama berikut:
1) Keputusan sebenar polisi monetari pada Khamis
2) Unjuran ekonomi dalam Laporan Inflasi dan
3) Penilaian terhadap tren kadar gaji dan nilai tukaran matawang GBP
Jika kadar faedah tidak dinaikkan malam ini, ia bakal menghumban matawang GBP lebih rendah daripada paras semasa. Namun ia juga bergantung kepada kenyataan yang dibuat oleh Bank of England secara keseluruhan.
Unjuran ekonomi dalam laporan inflasi yang dikeluarkan juga perlu diberi perhatian. Unjuran yang lebih tinggi berbanding sebelum ini sudah tentu memperlihatkan BoE juga lebih cenderung kepada pengetatan polisi di masa akan datang.
Penilaian terhadap tren kadar gaji penting untuk pasaran melihat tren inflasi beberapa bulan akan datang. Seperti yang kita tahu, kenaikan kadar gaji sudah tentu menyokong perbelanjaan pengguna. Kenaikan perbelanjaan juga akan memberi tekanan kepada inflasi untuk meningkat.
Dapatkan buku analisis fundamental & teknikal di sini!
The post Preview News Besar BOE: Potensi Pergerakan Matawang GBP Malam Ini! appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2imZ1sY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment