Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kadar faedah maksimum jualan kredit tidak lebih 15 peratus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kadar faedah maksimum jualan kredit tidak lebih 15 peratus

KUALA LUMPUR: Syarikat jualan kredit hanya dibenar mengenakan kadar faedah maksimum sebanyak 15 peratus setahun bermula 1 Januari depan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pelaksanaan kadar faedah itu ditetapkan menerusi pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan penggubalan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017, yang diluluskan Dewan Negara, April lalu.

"Berdasarkan konsultasi bersama pihak industri, kami mendapati kadar faedah yang dikenakan ketika ini boleh mencecah sehingga 35 peratus setahun.

"Melalui pindaan akta dan peraturan ini, kerajaan menetapkan kadar faedah tetap maksimum sebanyak 15 peratus setahun.

"Penurunan ini diharap dapat membantu rakyat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki barangan untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan isi rumah," katanya ketika sesi soal jawb di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai penguatkuasaan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menangani kadar faedah tinggi dikenakan syarikat jualan kredit.

Selain itu, Hamzah menambah pihaknya juga akan mengambil tindakan seperti denda tidak lebih RM100,000 dan bagi kesalahan kedua, denda tidak lebih RM200,000 sekiranya terdapat mana-mana pertubuhan perbadanan yang ingkar arahan itu.

"Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak lebih RM50,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan kedua, denda tidak lebih RM100,000, penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A69WPH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.