Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sembunyi ectasy dalam paket jus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sembunyi ectasy dalam paket jus

KUCHING: Pelbagai helah digunakan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah bagi mengaburi kegiatan haram di negeri ini, termasuk menyembunyikan serbuk ectasy dalam paket jus buah-buahan.

Modus operandi terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK), Sarawak menyerbu sebuah kondominium mewah di Jalan Stutong, kelmarin dipercayai digunakan sebagai lokasi pembungkusan dadah.

Serbuan turut membawa kepada penahanan tiga suspek lelaki berusia 28 hingga 42 tahun, di kawasan letak kereta kondominium berkenaan.

Dipercayai anggota sindiket itu dalam perjalanan menghantar bekalan dadah ke rangkaian pengedaran mereka di bandar raya ini.

Ketua JSJN Sarawak Superintendan Sahar Abdul Latif, berkata polis merampas lima paket estrak jus buah-buahan yang dicampur estacy dianggarkan bernilai RM1,250.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 42 tahun bekerja sebagai kontraktor dipercayai dalang utama sindiket itu, sejak sebulan lalu.

"Suspek dipercayai mendapat bekalan dadah estrak jus buah-buahan daripada sindiket, di Semenanjung sebelum membawa masuk ke negeri ini dalam jumlah yang kecil.

"Bagi mengelak dikesan, dadah dicampur dengan estrak jus buah-buahan sebelum dibungkus kecil dengan perisa tertentu seperti oren, mangga dan betik," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sahar berkata, estrak jus buah-buahan dipercayai memberi kesan khayal segera dengan menyasarkan pelanggan pusat hiburan sekitar bandar.

"Semua suspek termasuk seorang daripadanya warga China, kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut, mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman gantung jika sabit kesalahan," katanya.



Sumber Sembunyi ectasy dalam paket jus

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h3yZyg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.