Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cadangan Saifuddin sebagai Yang Dipertua MAIPP dibantah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cadangan Saifuddin sebagai Yang Dipertua MAIPP dibantah

GEORGETOWN: Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) membantah cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang, yang mahu melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baharu.

Pengerusinya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, berkata Saifuddin tidak layak kerana tidak mempunyai latar belakang agama yang baik selain beliau adalah pemimpin parti yang bersifat liberal republikan.

Katanya, disebabkan itu Saifuddin tidak sesuai menjadi wakil Yang di-Pertuan Agong bagi memimpin umat Islam di Pulau Pinang yang memerlukan ketua yang mampu memberi nasihat berlandaskan hukum dan nas al-Quran.

"Sepatutnya individu yang dilantik ke jawatan Yang Dipertua MAIPP mempunyai latar belakang agama dan mempunyai ketokohan memimpin umat Islam Pulau Pinang selaku wakil Yang di-Pertuan Agong.

"Individu ini tidak semestinya datang dari parti politik tertentu kerana Yang Dipertua MAIPP pernah disandang tokoh agama yang berkecuali," katanya pada sidang media di hadapan KOMTAR di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat laman portal berita yang memetik sumber melaporkan kerajaan negeri akan melantik Saifuddin sebaik kontrak Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Datuk Salleh Man yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, tamat tidak lama lagi.

Difahamkan juga, Naib Pengerusi Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa dijangka dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Ahli Majlis MAIPP.

Mohamed Hafiz turut membidas keputusan yang dikatakan dibuat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang majoritinya adalah bukan Islam tanpa merujuk kepada mereka yang arif.

"Semua pihak tahu Wan Ji masih disiasat polis berhubung kenyataannya yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara.

"Jadi adakah kita mahu individu sebegini memimpin umat Islam Pulau Pinang, sedangkan terdapat ramai lagi tokoh yang sesuai," katanya.

Pengumuman pelantikan Saifuddin, Mujahid dan Wan Ji secara rasmi dijangka dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang sedang berlangsung ketika ini.



Sumber Cadangan Saifuddin sebagai Yang Dipertua MAIPP dibantah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z66zdY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.