Lebihan Dagangan Australia Meningkat 2 Kali Ganda Pada Bulan September
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, lebihan dagangan meningkat 2 kali ganda iaitu sebanyak $1.74 billion pada bulan September berbanding bulan sebelumnya yang mencatat lebihan dagangan sebanyak $0.87 billion. Pasaran menjangkakan lebihan dagangan hanya pada sekitar $1.1 billion.
Peningkatan lebihan dagangan ini didorong oleh peningkatan eksport iatu sebanyak 3% atau $924 juta kepada $33 billion, manakala import meningkat $52 juta kepada $31.2 billion.
Komponen eksport bijih besi mencatat peningkatan tertinggi dalam eksport komoditi dengan nilai penghantaran sebanyak 8%. Namun ekport arang batu kekal mendatar.
Eksport barangan luar bandar pula meningkat 5%, didukung permintaan daging dan bulu haiwan yang tinggi pada bulan September. Eksport perkhidmatan meningkat sebanyak 1.4%, mankala import perkhidmatan jatuh sebanyak 1.3% pada bulan September.
Imbangan dagangan menunjukkan lebihan sejak tahun lepas berikutan peningkatan harga bijih besi dan peningkatan eksport dalam gas asli.
Lebihan dagangan menunjukkan indikasi positif pada keuntungan syarikat dan hasil kerjaan. Selain itu, penganalisis menjangkakan lebihan dagangan akan mendorong pertumbuhan GDP Australia.
Matawang Australia mengukuh sebanyak 0.59% kepada 0.7721 berbanding U.S Dolar setakat jam 3.35 petang.
The post Lebihan Dagangan Australia Meningkat 2 Kali Ganda Pada Bulan September appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A89H6Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment