Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Pesanan Jack Ma Untuk Anda Yang Ingin Berjaya Dalam Dunia Perniagaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Pesanan Jack Ma Untuk Anda Yang Ingin Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Jack Ma, pengasas e-commerce AliBaba, Jack Ma adalah salah seorang individu paling kaya di dunia ini dengan nilai bersih $21.8 billlion.

Pencapaian terbesar beliau adalah mencatat sejarah dalam penjualan saham perdana sehingga USD25 juta. Alibaba melayan 100 pembeli dalam sehari, dan telah mencipta 40juta pekerjaan di China.

Beliau disenaraikan oleh FORBES di tangga ke-22 dalam senarai individu paling berkuasa di dunia. Selama hampir dua dekad, Jack Ma dan pasukannya bekerja keras bagi mewujudkan perniagaan yang menguntungkan dalam persekitaran positif untuk semua operasi ini.

Artikel kali ini kami akan kongsikan pesanan Jack Ma, yang mungkin dapat memberi sumber inspirasi buat anda semua untuk terus fokus dan berusaha menggapai impian menjadi usahawan berjaya.

#1-Misi Yang Jelas

Misi yang jelas adalah penting dalam semua syarikat atau organisasi. Tanpa tiga perkara ini, kita tidak boleh berjaya. Tetapkan matlamat perniagaan anda, ke mana hala tuju seterusnya kemudian bertindak. Jangan hanya duduk sahaja melihat dari jauh.

Bukan mudah untuk mencapai apa yang dimiliki hari ini tanpa visi dan misi serta matlamat yang jelas. Jack Ma seorang yang berpegang kepada visi dan misinya dalam membangunkan Ali Baba. Kekentalan jiwanya dalam merealisasikan impian menjadi kenyataan wajar dicontohi oleh semua.

#2- Menjual Bukan Semata-Mata Kerana Wang

Jack Ma sentiasa memberi penekanan terhadap kualiti sesuatu produk yang dikeluarkannya. Baginya para jurujual tidak boleh memikirkan tentang wang sahaja.

Mereka perlu juga fikirkan tentang cara produk mereka dapat membantu kejayaan pelanggan dan berguna kepada orang lain. Matlamat ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menjual mereka.

Apabila kita memiliki kepakaran dalam menjual, pelanggan akan lebih yakin untuk membeli. Hal ini akan memberi impak positif kepada keuntungan serta prestasi syarikat.

#3- Sentiasa Telus dan Berpandangan Global

Kini dunia mendambakan perdaban komersial baru. Dalam tamadun komersial lama, syarikat sangat fokus pada keuntungan. Pada abad ke 21 ini, syarikat perlu mengkaji semula hubungan mereka dengan masyarakat, alam sekitar, kemanusiaan dan para pelanggan mereka. 

Syarikat pada hari ini perlu sentiasa telus, bersikap terbuka, bertanggungjawab dan berpandangan global bagi mewujudkan kehidupan yang lebih baik.

#4-Kekalkan Prestasi Kerja Yang Berkualiti

Syarikat  Alibaba akan menilai para kakitangan mereka berdasarkan dua standard, iaitu prestasi dan semangat berpasukan. Mereka yang berprestasi tinggi, tetapi tiada semangat berpasukan adalah anjing liar, manakala mereka yang ada semangat pasukan, tetapi berprestasi lemah adalah arnab putih.

Bagi Jack Ma, anjing liar dan arnab putih tidak seharusnya disimpan dalam syarikat tetapi pekerja yang cemerlang dalam kedua-dua perkara adalah harta terbaik buat syarikat.

#5-Sasaran Mahu Capai Yang Kemas

Sebagai orang bisnes kita harus bijak meletakkan sasaran ditempat yang tepat.  Ketika di awal perniagaan, Jack Ma menguruskan jualan bersama tujuh orang pekerja. Mereka buat semuanya sendiri. Mereka yang menjual, mereka  juga yang membeli.

Pada minggu kedua, barulah ada penjual yang mula menjual di laman web Alibaba. Jack Ma dan pasukannya beli semua barangan yang mereka jual.

Ada dua bilik penuh dengan semua produk yang mereka beli. Semuanya tidak digunakan. Semuanya seperti sampah. Itu yang Jack Ma lakukan sepanjang dua minggu pertama. Hanya semata-mata untuk memberitahu orang ramai yang laman web Alibaba ini berkesan.

#6-Berjuang Terhadap Kegagalan, Penolakan Dan Kritikan

Pada tahun 1995, Jack Ma memulakan perniagaan dengan tangan kosong. Modal permulaan Jack Ma adalah kesungguhan dan kerja berkumpulan. Ramai usahawan berkata, tanpa wang, tidak boleh memulakan perniagaan.

Para usahawan sepatutnya didorong dengan tanggungjawab dan kerja berpasukan, bukan dengan duit. Usahawan sebenar tidak akan memikirkan duit dahulu, tetapi fokus pada impian mereka bagi memulakan syarikat. Duit adalah elemen terakhir.

Pada tahun 1999, strategi awal Alibaba adalah bagi melompat pasaran e-dagang tempatan dan terus ke pasaran antarabangsa. Kami memanggil kaedah ini sebagai “melompat melangkau pasukan kumpulan A Bahagian Pertama dan terus masuk ke peringkat Piala Dunia”.

Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh 1999 sehingga 2001, Alibaba masih belum dikenali ramai. Fokus kami adalah pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Saya memberikan banyak pembentangan ketika berada di sana.

Detik yang paling menyedihkan berlaku semasa acara kami di Jerman. Kami bersedia menerima 1500 tetamu. Namun, hanya tiga orang yang hadir! Saya berasa sangat malu pada ketika itu, tetapi pembentangan saya masih perlu diteruskan.

#7- Bersaing Cara Sihat

Setiap perniagaan yang tumbuh pasti akan ada pesaing yang cuba menyainginya. Namun, situasi sebegini dipandang positif oleh Jack Ma. Bagi Jack Ma ianya adalah proses yang memaksa syarikat untuk berkembang. Pilih pihak yang paling baik untuk bersaing dengan mereka. Namun ingat, jangan sesekali mengambil hati secara peribadi.

Jangan berjuang menentang pesaing, tetapi terima kehadiran mereka dan analisis konsep teras mereka. Persaingan tidak akan membunuh syarikat kita. Hanya kita yang boleh membunuh syarikat kita sendiri.



Sumber 7 Pesanan Jack Ma Untuk Anda Yang Ingin Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BA0TGM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.