Hi! Welcome Back and Stay Tune! PTPTN: Hanya 2 daripada 2.8 juta peminjam muflis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PTPTN: Hanya 2 daripada 2.8 juta peminjam muflis

Hanya 17% atau 479,067 peminjam disenarai hitam daripada membuat perjalanan ke luar negara sehingga kini.

Shamsul-Anuar-ptptn

KUALA LUMPUR: Hanya 2 peminjam daripada 2.8 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diisytiharkan muflis oleh institusi itu sejak penubuhannya pada 1997, kata Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Perisytiharan muflis terpaksa dibuat setelah peminjam tidak dapat mematuhi keputusan mahkamah yang ditetapkan,” kata Shamsul Anuar, yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno.

Beliau berkata fakta itu sendirinya menangkis dakwaan sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang menuduh PTPTN sebagai institusi zalim kerana kononnya sering memufliskan peminjamnya.

“Berbanding dengan institusi kewangan lain yang memberi pinjaman pelajaran, PTPTN adalah institusi paling fleksibel, paling longgar dan paling ringan untuk berunding,” katanya di Pejabat Biro Kebajikan Umno hari ini.

Mengenai peminjam PTPTN yang disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), beliau berkata ia adalah polisi biasa diamalkan mana-mana institusi kewangan negara ini.

Hairan dengan suara sumbang dan kurang berpuas hati apabila PTPTN mengambil tindakan tersebut walaupun ia turut dilakukan institusi lain, Shamsul Anuar berkata : “Mereka (pembangkang) melihat isu PTPTN topik utama dalam kalangan rakyat dan mereka mahu menggunakan isu ini untuk menarik perhatian generasi muda yang merupakan majoriti peminjam kita.”

“Cara dan trend pembangkang melihat PTPTN ketika ini sedikit berubah, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menggunakan PTPTN untuk menyerang kerajaan, kononnya kalau mereka menang PTPTN akan dimansuhkan, namun sekarang dia pula mahu PTPTN kekal namun perlu ubah beberapa dasar,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai isu sekatan imigresen, Shamsul Anuar berkata perkara itu bukanlah baru malah ia selaras dengan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1997 (Akta 566) yang membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam.

Bagaimanapun, katanya, hanya 17% atau 479,067 peminjam disenarai hitam daripada membuat perjalanan ke luar negara sehingga kini.

“PTPTN berpandangan mereka yang ke luar negara adalah mereka yang mampu membuat bayaran balik. Buktinya sejumlah RM1.54 bilion dikutip PTPTN daripada mereka yang membuat bayaran balik selepas nama mereka disenarai hitam, ” katanya dan menambah jumlah itu mampu menampung 64,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber PTPTN: Hanya 2 daripada 2.8 juta peminjam muflis

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jfDR17

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.