Hi! Welcome Back and Stay Tune! Percaya pada kemampuan supaya tidak menganggur - Perwakilan Pemuda UMNO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Percaya pada kemampuan supaya tidak menganggur - Perwakilan Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Isu pengangguran, terutamanya dalam kalangan golongan muda sentiasa mendapat perhatian Kerajaan.

Oleh itu, pelbagai inisiatif dan peluang disediakan bagi memastikan kadar pengangguran dalam Malaysia terus dikurangkan dari masa ke masa.

Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Datuk Razlan Rafii berkata, rakyat harus berani mengambil peluang yang tersedia dan percaya kepada kemampuan diri untuk mencuba sesuatu yang baharu.

"Kami sedar bahawa isu ini memberi kerisauan kepada rakyat, terutamanya golongan yang baru ingin melangkah masuk ke alam pekerjaan.

"Jika kita lihat, UMNO, terutamanya Pemuda UMNO memandang serius isu pengangguran kerana kita tahu, apabila rakyat tidak mempunyai pekerjaan, perut tidak terisi. Apabila itu berlaku, ia akan menjadi permulaan kepada masalah sosial yang membelenggu dan membantutkan kemajuan negara," kata Razlan.

Pada Selasa, syarikat penyelidikan yang berpangkalan di Paris, Perancis, Ipsos telah mengeluarkan kaji selidik hari ini mengenai apakah yang menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia.

Isu pengangguran menjadi antara tiga isu yang menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia.

Dua isu lain yang menjadi kebimbangan utama adalah kawalan imigrasi serta tadbir urus kerajaan dan korporat.



Sumber Percaya pada kemampuan supaya tidak menganggur - Perwakilan Pemuda UMNO

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AX4FO6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.