Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majikan mengaku tidak bersalah 'ratah' pekerja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majikan mengaku tidak bersalah 'ratah' pekerja

AYER KEROH: Seorang majikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan merogol pekerja wanitanya dua tahun lalu.

Tertuduh, Azhar Bahari, 43, yang merupakan peniaga pusat urut tradisional membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut kertas pertuduhan, Azhar didapati merogol seorang gadis yang ketika itu berusia 19 tahun di premis tempatnya bekerja di Blok 2 Jebat, Spa Gold Coast Bukit Katil, Melaka sekitar 11 pagi pada 25 November 2015.

Justeru, bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jumlah RM30,000.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili Peguam M.Pusppa merayu agar jaminan rendah diberikan memandangkan tertuduh tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Meor pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 5 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.



Sumber Majikan mengaku tidak bersalah 'ratah' pekerja

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A6ewRR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.