Kerana Tak Tun Tuang, Upiak menangis tiga hari diceraikan suami
Kerana lagu Tak Tun Tuang, Upiak atau nama sebenarnya, Silvia Nanda, 32, diceraikan suami.
“Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai dua tahun selepas itu. Keluarga bekas suami kurang menggemari saya.
“Selepas saya menghasilkan lagu 'Tak Tun Tuang', keadaan menjadi semakin tegang. Keluarga bekas suami menuduh saya gila dan kurang siuman kerana muncul dengan lagu dan konsep ‘gila-gila’ seperti itu.“Akhirnya, bekas suami menceraikan saya dan tidak lama selepas itu, saya mendengar berita dia berkahwin dengah orang lain,” kata Upiak.
BACA: Upiak tidak sangka lagunya popular selepas tiga tahun
Tambah wanita yang berasal dari Padang, Indonesia itu, dia bersyukur kerana segala kesulitan yang dihadapinya mempunyai hikmah tersendiri.
“Saya menangis selama tiga hari mengenangkan nasib ditinggalkan suami. Ketika itu, saya berdoa kepada Allah agar tunjukkan keajaiban kepada saya.
“Siapa sangka, lagu Tak Tun Tuang yang orang anggap sebagai lagu kurang siuman menjadi viral. Biarpun hampir tiga tahun berlalu, secara tidak sengaja, lagu ini meraih populariti di Malaysia, Thailand dan beberapa negara lagi.
“Saya anggap ini sebagai rezeki dan saya mahu berusaha dengan lebih kuat untuk mengukuhkan nama saya,” katanya yang ditemui sewaktu sesi promosi lagu Tak Tun Tuang di Hotel Royal, baru-baru ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber Kerana Tak Tun Tuang, Upiak menangis tiga hari diceraikan suami
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ikwLYa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment