Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecoh Pesawat Singapura Mendarat Di Salah Tempat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecoh Pesawat Singapura Mendarat Di Salah Tempat


SINGAPURA: Syarikat penerbangan kebangsaan Singapore Airlines (SIA) menjadi bahan jenaka masyarakat antarabangsa apabila dilaporkan mendarat di salah tempat di India semalam.

Berita lucu tetapi amat memalukan pihak SIA tersebut dilaporkan akhbar berpengaruh Times of India di New Delhi ketika penerbangan SQ422 itu mahu mendarat di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Mumbai pagi Isnin.

Juruterbang pesawat dipercayai salah mendarat di lapangan terbang Juhu yang biasa digunakan oleh helikopter tempatan dan pesawat kecil walhal ia sepatutnya menuju ke lapangan terbang utama iaitu Chhatrapati Shivaji.

Secara kebetulan jarak antara dua lapangan terbang berkenaan hanya satu kilometer dan insiden kelakar tersebut sempat disedari pengawal bertugas di menara trafik udara Mumbai yang terkejut melihat pergerakan SQ422 itu.

Kejadian dipercayai mungkin berpunca akibat juruterbang salah faham ketika terbang di Laut Arab sebelum menghampiri Mumbai apabila menyangka landasan di Juhu yang mula dilihatnya itu sebagai lokasi pendaratan.

Laporan akhbar itu juga menyatakan bahawa pesawat SIA itu kemudian mengubah laluan penerbangan selepas menyedari kesilapan tersebut dan selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Chhatrapati Shivaji.

Pesawat jenis Airbus A350 Singapura-Mumbai itu mendarat di Landasan 9 pada 10.35 pagi (1.35 petang waktu Malaysia) pada Isnin dengan membawa seramai 245 penumpang dan 14 anak kapal dalam penerbangan itu.

Bagaimanapun kenyataan media SIA di sini pada Selasa menafikan juruterbang pesawat tersebut mendarat di lapangan terbang yang salah bahkan menegaskan pendaratan sempat dibatalkan pada sekitar ketinggian 1,000 kaki.

Kekeliruan mungkin disebabkan jarak penglihatan rendah dan ia masih mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan. Pengawal lalu lintas udara Mumbai kemudian mengarahkan pendaratan di lokasi tepat pada 10.48 pagi.

“Juruterbang SQ442 tidak sekalipun membuat kesilapan dengan menganggap lapangan terbang Juhu sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapti Shivaji,” tambah kenyataan itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BHT5U5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.