Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Ali Abdullah Saleh gesa serangan balas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Ali Abdullah Saleh gesa serangan balas


SANAA: Anak lelaki bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh yang dibunuh selepas berpaling tadah dalam perang saudara negara itu menggesa serangan balas terhadap kumpulan pro Iran, hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini, laporan oleh stesen televisyen Arab Saudi al-Ekbariya itu masih gagal disahkan.

"Saya akan mengetuai pertempuran sehingga militan Huthi terakhir dihalang dari Yaman, darah bapa saya akan menjadi masalah bagi Iran," kata Ahmed Ali Saleh yang dipetik stesen televisyen itu.

Beliau turut menggesa penyokong bapanya supaya merampas kembali Yaman daripada militan Huthi Iran.

Bekas pemimpin itu terbunuh dalam satu serangan tembakan semalam, selepas berpaling tadah dengan meninggalkan sekutu Huthi dengan menyokong pakatan diterajui Arab Saudi.

Kematian Ali menyukarkan lagi perang saudara membabitkan pelbagai pihak itu kerana ia banyak bergantung kepada arah hala tuju sokongan kumpulan yang setia kepada beliau sebelum ini.

Ali mempunyai ramai pengikut di Yaman, termasuk pegawai tentera dan ketua puak bersenjata yang pernah berkhidmat di bawah beliau.

Difahamkan, sekutu Ali masih boleh memberikan kesan terhadap perang itu.

Sementara itu, di Dubai, pegawai parti Kongres Umum Rakyat (GPC) mengesahkan bahawa bekas presiden Yaman dan pemimpin parti mereka, Ali Abdullah Saleh mati dibunuh di luar Sanaa.

Menurut sumber kumpulan pemberontak Syiah Huthi, beliau dibunuh dalam satu serangan membabitkan senjata jenis roket bom tangan (RPG).

Pegawai GPC berkata, Ali dibunuh di selatan ibu negara Sanaa bersama pembantu ketua setiausaha GPC, Yasser al-Awadi.

Beberapa sumber dalam kumpulan Huthi memaklumkan militan menghentikan kenderaan beliau dengan roket RPG dan kemudian menembaknya hingga mati. - Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Aqwm0S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.