Hi! Welcome Back and Stay Tune! PERKESO peruntukkan RM136 juta untuk individu hilang pekerjaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PERKESO peruntukkan RM136 juta untuk individu hilang pekerjaan



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperuntukkan lebih RM136 juta sebagai persediaan bantuan kepada 57,282 individu yang layak dibantu sekiranya mereka hilang pekerjaan pada 2018 .

Peruntukkan itu juga membolehkan pencarum dari sektor swasta hilang yang pekerjaan menerima elaun bulanan sebanyak RM600 selama tiga bulan bermula Januari depan berdasarkan syarat ditetapkan.

Pengerusi Lembaga PERKESO, Tan Sri Dr Aseh Che Mat, berkata bantuan elaun tiga bulan itu diberikan secara purata bermula daripada bulan pertama pencarum sektor swasta kehilangan pekerjaan.

Katanya, elaun diberikan itu hanya berlangsung sepanjang 2018 selama setahun sementara hasil manfaat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia diperoleh pada Januari 2019.

"Bagaimanapun bantuan kewangan ini hanya layak kepada mereka hilang pekerjaan akibat pemberhentian pekerja, pengecilan syarikat dan bukan bagi mereka mempunyai masalah disiplin.

"Ini sebagai galakan kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan baharu, menampung keperluan dan pekerjaan yang dilihat satu usaha murni menerusi nilai caruman yang sedikit tetapi manfaatnya besar, terutama terbabit dengan musibah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr Mohd Gazali Abas ke di Wisma PERKESO, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed,

Dr Aseh berkata, SIP akan bermula pada Januari 2018 dengan kadar caruman 0.2 peratus yang akan dicarum oleh majikan dan pekerja.

Katanya, skim itu adalah inisiatif perlindungan keselamatan sosial kepada 6.5 juta pekerja swasta tempatan di negara ini supaya mereka sentiasa terbela dan dilindungi.

"Pembayaran faedah SIP bagaimanapun dijangka hanya bermula pada 1 Januari 2019 dan ia membabitkan kemudahan faedah seperti program penempatan semula pekerjaan, elaun mencari pekerjaan dan elaun latihan.

"Selain itu, pembayaran elaun untuk menggalakkan mencari pekerjaan baharu dengan segera, elaun pendapatan berkurangan dan yuran latihan turut diketengahkan dalam sistem insurans berkenaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata PERKESO juga akan merancang jerayawara ke seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan SIP bermula 6 Disember ini di Sekitar Lembah Klang dan Selangor.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A66LeA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.