Hi! Welcome Back and Stay Tune! PDRM Pertimbang Perluas Operasi FRU Di Sabah & S’wak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PDRM Pertimbang Perluas Operasi FRU Di Sabah & S’wak

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan pengoperasian Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Sabah dan Sarawak bagi menangani ancaman dari dalam dan luar negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tiada anggota FRU ditempatkan Sabah dan Sarawak ketika ini.

​​”Penambahan pengoperasian FRU di kedua-dua negeri itu adalah untuk memperkukuh kekuatan PDRM sedia ada bagi memastikan isu-isu berkaitan ketenteraman awam sentiasa dalam keadaan terkawal.

​​​​​”Buat masa ini PDRM hanya menempatkan sebuah aset FRU iaitu kenderaan penyembur air di markas Pasukan Gerakan Am di Sabah untuk mengawal ketenteraman awam di sana manakala di Sarawak tiada logistik FRU yang ditempatkan,” katanya pada sidang media selepas sambutan ulang tahun FRU ke-62 di Pangkalan FRU Cheras, di sini.

Ditanya mengenai jumlah keanggotan FRU sedia ada, beliau berkata PDRM mempunyai 21 trup FRU yang melibatkan kekuatan seramai 2,400 anggota di seluruh negara.

Mohamad Fuzi berkata FRU ketika ini dalam proses mengatur strategi dan pelaksanaan gerak kerja yang lebih teliti bagi memastikan setiap tugasan mengikut piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan.

“Ia dilaksanakan selari dengan arus perubahan semasa dan demi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang kini cenderung ke arah aspek keselamatan negara dan ketenteraman awam,” katanya.

Selain itu, Mohamad Fuzi berkata FRU juga akan dibekalkan peralatan logistik termasuk kenderaan baharu yang dilengkapi teknologi terkini.

“Ini termasuk mengambil kira persiapan yang dirancang rapi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Komander FRU Datuk Wan Abdullah Ishak. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ilxeJR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.