Hi! Welcome Back and Stay Tune! JKKK Sokong Pembangkang Diminta Letak jawatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JKKK Sokong Pembangkang Diminta Letak jawatan

KENINGAU – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pengerusi Jawatankuasa Dalam Bandar (JKDB) yang menyokong parti pembangkang dinasihatkan supaya meletak jawatan kerana percanggahan kepentingan.

Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman memberi ingatan itu susulan aduan masyarakat setempat mengatakan terdapat pemimpin akar umbi yang secara senyap menjadi pengikut pembangkang.

“Kerajaan telah memberikan amanah dan tanggungjawab kepada anda (pengerusi JKKK dan JKDB) untuk menjadi mata dan telinga kerajaan.

“Anda diberi elaun bulanan yang sewajarnya dan adalah tidak sesuai jika anda berpihak kepada pembangkang, tetapi menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan,” katanya ketika memberi taklimat kepada peserta Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK dan JKDB di sini hari ini.

Mengenai kursus itu, Yusop berkata ia sangat penting bagi memberi kefahaman kepada pemimpin akar umbi berkenaan tugas dan peranan mereka dalam mentadbir kampung.

“Kursus ini perlu diwajibkan kepada pemimpin akar umbi bagi memastikan JKKK dan JKDB benar-benar berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan,” katanya.

Kursus itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan disertai 94 pemimpin akar umbi dari kawasan Bingkor dan Liawan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jSvWX7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.