Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Modify kereta sanggup habis beribu, tetapi soal belanja anak bini pula berkira' - Nasihat VP bank ini buat ramai lelaki insaf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Modify kereta sanggup habis beribu, tetapi soal belanja anak bini pula berkira' - Nasihat VP bank ini buat ramai lelaki insaf

Sanggup habis beribu ringgit semata-mata nak mengubahsuai kereta agar nampak cantik dan berbangga dengannya. Ada yang sampai sanggup ikat perut demi mencapai kehendak hobi mahal mereka. Dalam diam anak dan isteri pula memendam rasa kecewa. 
Bukan semua, namun kita perlu akui ramai yang berkira dengan anak dan isteri sendiri. Sedangkan anak dan isteri itulah yang akan menjaga kita bila kita sakit, mendoakan kita setiap hari bila sudah tiada. Semoga perkongsian dari Ahmad Shahir ini bermanfaat untuk kita semua.
ADA sahabat saya kongsikan. Saya edit sedikit untuk mudah dibaca semua. Saya sangat terasa dengan perkongsian beliau. Semoga bermanfaat. 
Orangnya sangat merendah diri. Datang bawa kereta Honda yang telah berusia 20 tahun. Ingat mat despatch mana. Rupanya Vice Preseiden Bank Muamalat. Malah kereta beliau pernah diclamp oleh Pengawal Keselamatan di HQ Bank Muamalat disebabkan salah faham. 
Nasihat beliau kepada kami. Jangan menilai kekayaan daripada jenis kereta yang dipakai, tetapi pengurusan kewangan. Pakai kereta lama, beli barang boleh dapat murah sampai RM5. Guna Mercedes 5 series kena bayar extra RM20. Ini pengalaman beliau semasa membeli durian. Hahaha!  
Beliau ada kereta Mercedes, tetapi Bank Muamalat yang bayar semua. Beliau tidak sanggup membeli kereta baru. Bukan kerana beliau kedekut, tetapi pengalaman beliau pernah tertunggak bayaran kereta lama selama dua bulan. 
"Saya bayar RM1,000 setiap bulan pada kereta. Tetapi saya bayar RM300 sebulan untuk keperluan anak. Darah daging sendiri. Ikat perut.
"Harijadi kereta, saya bayar roadtax dan insurans lebih dari RM1,000+. Tetapi harijadi anak dan isteri, saya sekadar memberi ucapan selamat sahaja. 
"Kenapa nak bermewah dengan kereta yang bakal menjadi besi buruk? Sedangkan bila kita sakit, anak bini yang jaga?" 
Insaf saya mendengar nasihat beliau itu. 
Memang benar apa yang dikatakan. Namun bukan semua seperti itu tetapi memang ada segelintir dari kalangan kita sanggup habis beribu riban mengubahsuai kereta, bayar insuran  kereta, repair kereta tetapi berkira bila nak keluarkan duit untuk isteri pergi ke klinik atau facial. Kadang-kadang belanja anak pun berkira. Sedangkan merekalah yang akan mendoakan kita nanti. 


Sumber 'Modify kereta sanggup habis beribu, tetapi soal belanja anak bini pula berkira' - Nasihat VP bank ini buat ramai lelaki insaf

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A4ZyLI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.