Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Pengakuan Elyana, Tak Pernah Minum Pamoga "Ada Gamat, Manis Sangat Tak Elok Untuk Kanser" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Pengakuan Elyana, Tak Pernah Minum Pamoga "Ada Gamat, Manis Sangat Tak Elok Untuk Kanser"


Penyanyi lagu 'Diriku Tapak Sulaiman' Elyana menjadi tumpuan setelah mengumumkan menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat.

Pengumuman dibuat oleh Elyana pada malam penyingkirannya di pentas Gegar Vaganza (GV) pada minggu ke lima.

Susulan pengumuman Elyana itu, ramai rakan-rakan artis dan orang ramai meluahkan rasa simpati secara terbuka kepada Elyana.

Malah, berita kanser itu turut mengejutkan penaja utama program, Dato' Seri Vida yang meluahkan rasa simpatinya dalam suatu temu bual eksklusif bersama penyanyi itu selepas Elyana tersingkir.

Dalam sesi itu, DS Vida ada mempromosikan Pamoga sebagai produk yang mampu rawat kanser dari tahap ke-4 ke tahap ke-2.

Ketika ditanya mengenai pengambilan produk itu, Elyana berkata dia mengamalkan Pamoga tiga kali sehari sambil akui ia menjadikannya lebih bertenaga.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini penyanyi itu mendedahkan dia sebenarnya tidak pernah mengambil produk itu ketika melawan penyakit kansernya.

Elyana telah tampil live menerusi laman media sosialnya menerangkan dia tidak minum Pamoga tetapi terpaksa bercakap minum kerana depan TV.

Menerusi video 8 minit, Elyana menjawab pertanyaan para followernya, dan telah mengaku tidak mengambil Pamoga.

Ada juga followernya yang suggest Elyana menjual semula Pamoga yang dia dapat itu kerana akan dapat duit.

Ini videonya:



Ini komen Elyana tentang isu ini:

"Tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula..manis sangat. Orang cakap, saya tak tahu sebab tak pernah try.

"Hari tu akak cakap minum, biasalah depan kamera kita kadang-kadang orang berbudi kita berbahasa.

"Tapi memandangkan orang tidak berbudi dan cuma berbahasa kat saya atas tu, jadi saya nak berterus terang di sini saya tidak minum. Masih ada lagi bukti"

"Cakaplah dah minum, sebab dia tanya minum ke tak, takkan nak cakap tak minum, tak bagus. Kita nak menolong.

"Tapi bila dia cakap saya macam ni, macam ni. Tak kuasalah aku nak menolong orang macam tu"

Itulah komen dari Elyana tentang hal ini. Ada juga mengatakan Elyana kurang berpuas hati dengan DS Vida, namun tidak pasti apakah sebabnya atau puncanya.

Sumber: Oh Bulan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bz9ERf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.