Imran Ajmain cemburu dengan industri muzik Indonesia
“Sejujurnya saya rasa cemburu apabila melihat sambutan peminat terhadap industri muzik mereka. Apa jua genre yang dibawakan oleh seorang penyanyi, peminat boleh menerima dengan hati terbuka.
“Peminat juga memberikan penghargaan besar terhadap karya yang dihasilkan oleh pemuzik mereka. Keadaan tersebut berbeza dengan peminat industri muzik tempatan yang kurang menerima elemen pembaharuan dalam karya yang diketengahkan,” kata Imran.
Ketika ditanya adakah industri muzik tempatan mundur kerana irama 1990-an menjadi pilihan peminat masa kini, Imran ada jawapan tersendiri.“Saya sendiri sedih nak menyebut perkataan mundur itu. Tetapi hakikatnya, kurang pembaharuan dan agak sukar untuk peminat muzik tempatan menerima pembaharuan.
“Lagu duet saya bersama Najwa Mahiaddin menjadi usaha kecil kami untuk muncul dengan genre muzik berbeza. Saya berharap di masa akan datang, peminat dapat menerima semua jenis muzik dan menghargai karya berkualiti,” katanya lagi.
Imran dan Najwa berkolaborasi dalam lagu terbaru berjudul Sentiasa Merinding yang dicipta oleh mereka sendiri bersama Az Avex Azman.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Imran Ajmain
Sumber Imran Ajmain cemburu dengan industri muzik Indonesia
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A5DzEo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment