Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ku Li Setuju Dr Mahathir Punca UMNO Pecah Dan Kalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ku Li Setuju Dr Mahathir Punca UMNO Pecah Dan Kalah



Perpecahan dalaman UMNO sehingga mem­­bawa kepada pengharaman parti itu pada penghujung ta­­hun 1980-an adalah berpunca daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perkara tersebut diakui oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur ming­gu lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, beliau menyentuh mengenai soal kekalahan Kelantan dan perpecahan UMNO itu pada mesyuarat tersebut.

“Malah Tengku juga bersetuju bahawa orang yang bertanggungjawab dengan kekalahan BN (Barisan Nasional) Kelantan adalah Mahathir, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Sandang Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kelantan di sini hari ini.

Pada tahun 1988, berlaku perpecahan di dalam UMNO selepas Tengku Raza­leigh tewas kepada Dr. Mahathir dalam pemilihan jawatan Pre­siden parti itu selain menyebabkan UMNO diharamkan.

Berikutan itu, ramai pemimpin UMNO yang diketuai Tengku Razaleigh keluar parti dan menubuhkan Semangat 46 yang seterusnya bekerjasama dengan parti-parti pembangkang pada pilihan raya umum 1990 dan 1995.

Tambah Ahmad Jazlan, perpecahan dalam UMNO ketika itu disebabkan sikap Dr. Mahathir yang tidak menghormati rakan seperjuangan dan hanya memikirkan kepentingan peribadi.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata, Tengku Razaleigh turut memaklumkan bahawa beliau sedia membantu BN menghadapi Pakatan Harapan dan menawan kembali Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Beliau sentiasa konsisten dalam soal ini dan menyatakan akan (berjuang) habis-habisan untuk pilihan raya nanti,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nympd1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.