Hi! Welcome Back and Stay Tune! TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah

TMJ berkata kelab pada awalnya tidak berniat untuk memanjangkan isu bayaran tetapi Mario Gomez terlebih dahulu membuat kenyataan kepada umum menyebabkan pihaknya terpaksa bersuara.

tmj-mario-gomez-samanPETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Mario Gomez menyamannya di mahkamah berhubung dakwaan kelab itu gagal membayar gaji bekas jurulatih kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut.

Menerusi kiriman Facebook JDT hari ini, TMJ berkata kelab itu pada awalnya tidak berniat untuk memanjangkan isu itu tetapi Gomez terlebih dahulu membuat kenyataan kepada umum menyebabkan pihaknya terpaksa bersuara.

“Saya, TMJ, tidak perlu saya nyatakan berapa banyak wang yang saya ada. Masuk akal atau tidak RM60,000 tidak mampu saya bayar?

“Teruskan usaha, Mario…sila bawa saya ke mahkamah kerana saya tidak pernah merasa ke mahkamah dan saya ingin merasainya,” tulisnya.

Gomez hari ini dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap TMJ selepas dikatakan gagal melunaskan gajinya semasa bersama kelab itu.

“Kita akan berjumpa di mahkamah tidak lama lagi. Mereka tidak mahu membayar gaji saya. Peguam saya dan saya sendiri sedang berusaha untuk membentangkan kes ini ke Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

“Saya akan berikan mereka maklumat yang sangat sensitif,” katanya memetik laporan Malay Mail Online.

Gomez kini menggalaskan tugas sebagai jurulatih kelab liga 1 Indonesia bagi saingan musim depan.

Laporan akhbar negara itu menyatakan jurulatih kelahiran Argentina tersebut menandatangani kontrak selama 2 musim bersama kelab Persib Bandung.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Alistair Edwards di Facebook JDT berkata dakwaan Gomez tidak benar.

“Faktanya, sebahagian kontrak Gomez bersama JDT adalah beliau dikehendaki membayar gaji pembantunya, Raul Longhi.

“Gomez pada mulanya membayar jumlah ini secara terus kepada Longhi dan kemudian beliau meminta setiausaha kelab kami membuat pembayaran terus kepada Longhi.

“Sejak 2015, JDT membayar komponen gaji ini secara terus kepada Longhi daripada gaji Gomez mengikut permintaan khususnya selaras dengan kewajipan dalam kontraknya,” tulis Edwards.

Gomez juga dikatakan membuat kenyataan palsu bahawa JDT tidak menjawab suratnya.

“Kami menerima surat itu dalam bahasa Sepanyol dan telah menjawab dengan sewajarnya. Jangan cuba untuk menipu kerana ini akan menjejaskan karier anda di Indonesia,” tulisnya lagi.



The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BA0W5q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.