Jamin terima beg sebelum sekolah dibuka - Ismail
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melenyapkan situasi kelewatan yang mungkin berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.
"Beg ini akan diedarkan di setiap Parlimen dan kawasan ini sebelum akhir tahun ini iaitu sebelum 31 Disember.
"Pada minggu depan kita akan mula hantar ke Sabah, jadi yang di sini kita akan selesaikan sebelum akhir tahun ini," katanya ketika sidang media selepas melancarkan Program 'Back To School' Yayasan Pelajaran Mara (YPM)@KKLW 2018 dengan kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO di sini hari ini.Sebanyak 38,200 beg disediakan untuk diagihkan di semua kawasan UMNO bahagian yang akan dikenal psti Pemuda dan Puteri UMNO di kawasan masing-masing.
Setiap bahagian dan Parlimen akan menerima 200 beg.
Dalam pada itu kata Ismail, YPM juga sedang melaksanakan pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha melonjak pendidikan pelajar bumiputera.
"Ia turut menyediakan ruang dan peluang serta menawarkan kepada semua organisasi dan lapisan masyarakat, melaksanakan tanggungjawab sosial korporat atau amal jariah melalui kerangka yang tersusun.
"Syarikat-syarikat korporat, perbankan, badan profesional dan lain-lain lagi telah bekerjasama dengan YPM dalam usaha merealisasikan CSR dengan misi memberi kebaikan kepada masyarakat," ujarnya.
Sumber Jamin terima beg sebelum sekolah dibuka - Ismail
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jfPG7E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment